Senin, 09 November 2009

SM TUMPAT - SEKOLAH KEDUAKU.


Inilah logo sekolah kedua ku. Sekolah Menegah Tumpat waktu penghujung 70an. Warna lencana ini masih utuh dan segak seperti 50 tahun dahulu tidak berubah dan megah menjurai nur pendidikan Kelantan dan Malaysia.

Seribu kenangan berhimpun di perut sekolah ini. Antara airmata dan cita-ciata silih berganti tatakala menuntut ilmu dalam serba kekurangan dan kedaifan. berbasikal 40 km sehari tidak luntur cita-citaku. Royal Militry College atau Maktab Tentera idamanku.

Di sinilah aku kenali apa itu cita-cita dan tekad. hanya ada dua
cita-cita waktu itu. Pertama Maktab Tentera atau Polis dan kedua Maktab Perguruan. Yang berjaya ku gapai hanyalah menjadi penulis bukan Polis dan tidak guru akademik tetapi guru cerpen, puisi dan novel.

SMT, ribuan kenangan kurajut dalam nestapa dan kesungguhan. Tahniah kepada temna-teman yang berjaya dalam hidup. kepada yang tidak berjaya, sabarlah.

Kecemerlanagn di dalam persekolahn tidak semesatinya cemerlang di dalam kehidupan, apa lagi kehidupan sesudah berkeluarga.

1982 mendapat tawaran ke Universiti Sains Malaysia dalam bidang Kreatif dan Diskriptif. tetapi tidak dapat melanjutkan pelajaran di sana kerana masalah kewangan.




SEKOLAH PERTAMA KU


Inilah logo sekolah pertama ku. Waktu itu sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris Tumpat. Ramai teman-teman sepengajian denganku di sini.

Masih ku ingat Cikgu MUstapa Kashim, Cikgu Azmi Hassan dan kami memanggilnya Rahim. Mat Jusoh Boto', Azmi Samad, Anuar Harun, Najib Badaruddin, Ketua Unit Maklumat JPN kelantan, Prasert.

Masih ku ingat, Kang Suam Bee, Shaari Yusoff, Rajesparan, Eh WAt, Yap Chee Man, Mr. Sarunathan (specialist Maths dan English), Mr. Tay, Guru Besar yang paling tegas Cikgu Kashim Mustapa, cikgu Hashim Ahmad (master of sport) , Eh Chin, Hamid 'China', Badrulzaman Ramli dan ramai lagi termasuk Azman Othman serta Man D.O.

Sabtu, 10 Oktober 2009

LAGI KARYAKU


RINDU TANAH MALAYA


Bula Malaya

Bula Malaya kei Viti Talenga

Cauravou era ya gangga

Nibula ni bula kece sara

Me da sa mai vei kuna tale

(Hello Malaya dan Fiji

Pemuda-pemuda kami

Adalah askar yang berani

Mereka gembira

Hello, hello semua....

Teringatlah Fiji...Fiji sangat kecil...)

i

Hening yang jatuh berlambakan di petak padang Syria Park Nausori, Fiji tersusun padat dalam bingkai kornea mata Seremaia Vakarusa. Bekas Sarjan askar Fiji yang pernah berkhidmat di bumi Malaya antara tahun 1952-1956 itu bertongkat sambil menyapu perlahan baki kristal airmata di kelopak matanya dengan perut jari tangan kiri. Tiupan begol lagu The Last Post terus mengoyak naskah ngilu yang bersarang di dadanya. Seiringan dengan tiupan begol itu, bendera negaranya diturunkan perlahan-lahan setengah tiang sebagai menghormati teman yang gugur.

Sesekali dia melebarkan gelemair matanya ke arah bekas teman-teman yang datang dari Persatuan Bekas-Bekas Perajurit Fiji dari cawangan Tebara yang merangkumi daerah Nausori, Naitasiri dan Rewa. Teman-teman juga sudah banyak yang bertongkat, tua, perut buncit dan uzur. Kebanyakan teman-temannya merupakan anggota dari Kompeni A yang pertama sekali meninggalkan Fiji menuju Singapura melalui kapal.

Di Singapura bekas sarjan itu di pimpin oleh Ratu Edward Chakobau sebelum berpindah ke Kota Tinggi bagi jalani latihan perang. Dan ketika di Labis terciptalah lagu Bula Malaya yang dikarang oleh Josua Rabakuwaqa Komandan Platun Mortar Kompeni A. Lirik lagu nostalagia itu menebuk perlahan mozek ingatannya.

ii

1954

Darah membuak di bahu Seremaia Vakarusa. Darah itu jatuh dan mengelar urat-urat timbul di dada daun kayu kayan di pelepah bukit. Sesekali dia meluahkan kerutan di anjung wajahnya dan ternyata kerutan itu melambangkan jumlah kesakitan yang jitu. Rifelnya tetap tersangkut di bahu dan teguh ikhlas perjuangannya di Tanah Malaya seperti ikhlas teguhnya bukit-bukit di kaki Labis.

“Biar saya tumbuk daun kayu kayan ni.” Salmah, perempuan tanah Malaya memeriksa luka di bahu pejuang dari Fiji itu. Darah merah perajurit itu terlekat di hujung jari terlunjuknya.

“Daun kayu?” Muka perajurit Fiji agak berkerut bila Salmah menyentuhi lopak luka di bahunya.

“Daun kayu ni berubat.” Salmah menyapu peluh dimukanya.“Hutan Tanah Melayu kaya dengan ubat tradisional. Ayah saya selalu guna daun ni bila setiap kali dia luka. Bukan sia-sia daun kayu kayan ni di cipta.”

“Salmah...” Seremaia Vakarusa menelan liurnya. Peluh di mukanya sudah banyak yang jatuh ke bumi. “Terima kasih kerana sudi bantu saya.”

Senyuman kecil terbuhul di hujung kelopak bibir cantik Salmah. “Terima kasih juga saya pada perajurit dari Nausori kerana sudi berjuang dengan panji komanwel di tanah air saya.” Tangannya hitam terpalit daun kayu berubat yang ditampal di bahu tentera Fiji itu.

“Saya senang dengan perempuan Tanah Malaya.” Ujar Seremaia Vakarusa, “budinya setinggi bukit-bukit di Bahau ni.”

Salmah tidak pantas menjawab, mengolah sekuntum senyuman kemudian membalut luka di bahu perajurit Fiji bertubuh sasa itu. Darah yang membuak di papan bahu kini sudah berhenti. Lengkingan daun-daun ketika diterpa angin menusuk perlahan andas telinga Seremaia Vakarusa.

“Budi tu bersifat antarabangsa.” Sambil menyambung ujar, perajurit Fiji meriba rifelnya. “Ukuran peradaban sesebuah negara bukan terletak pada subur tanahnya tapi pada darjat kemerdekaanya.”

Salmah menyapu peluh di mukanya. Perempuan berambut panjang yang gemar memakai baju kurung itu mengemaskan cucuk sanggulnya. Perlahan-lahan dia berkata, “buat baik bukan kerana budi,melainkan bakti.”

“Rasanya tak mahu pulang ke Fiji.” Seremaia Vakarusa melingas pandangan ke hujung kaki bukit.

“Vakarusa, Tanah Malaya hanya tempat bertugas. Bukan tanah air saudara.” Balas Salmah.

“Tapi tak salah kalau saya katakan Tanah Malaya ni tanah air saya yang keduakan?” Seremaia Vakarusa meletakkan soalan.

“Vakarusa?”

iii

1955

Petikan tali gambus memukau Tanah Malaya. Lenggok lagu-lagu yang menyentuh hati perantau, pantas terluah di hujung jari seni Sarjan Seman. Lelaki pejuang itu tidak pernah menunjukkan resah waktu berjuang pertahankan negara. Ketika peluru musuh himpang himpit di telinganya, dia terus menentang petualang tanpa rimbunan resah di ulu hati.

“Kau seorang pejuang berjiwa tanah air, Seman.” Seremia Vakarusa menyapu peluhnya. “Pahlawan Melayu sebenarnya seorang yang berani.”

“Bukan aku seorang yang berani. Kau juga berani.“ Sarjan Seman tersenyum kecil sambil memetik tali gambus. Sesekali dia melambungkan pandangannya jauh ke kaki bukit di daerah Bahau. Dengan kecekapannya memetik tali gambus setidak-tidaknya dia telah berjaya hiburkan hati pejuang-pejuang dari Fiji. Kerana kecekapannya bermain gambus akhirnya di digelar Sarjan Gambus.

Gambus antik itu diribanya perlahan.

“Seman..”

“Ada apa Rusa?”

“Aku tertarik dengan dia.” Perlahan suara Seremaia Vakarusa sambil meletakkan pandangan pada picu rifelnya.

“Dia?” Muka Sarjan Seman berkerut. Gambus yang diribanya disandarkan ke dinding berek, “siapa?”

“Perempuan Tanah Malaya.”

“Perempuan Tanah Malaya?” Sarjan Seman diam sejurus. Kelopak bibirnya dikemam. Wajahnya berkerut memikirkan sesuatu.

“Budi baiknya tak dapat ku balas.”

“Memang itulah perempuan Tanah Malaya, Rusa.” Sarjan Seman meriba kembali gambusnya. Dua tiga kali dia memetik tali gambus, dan bunyi peteh petikan itu tertebar sayu, jauh ke hujung berek, “mungkin wajahnya tak cantik tapi dia boleh cantikkan budinya kalau dia mahu.”

“Seman,” Seremaia Vakarusa memeriksa raifelnya, “ada rindu ku tumpah di sini.”

“Rindu?” Sarjan Seman menyapu muka gambusnya, meriba kemudian memetik dua tiga lagu ngilu. “Maksudmu?”

“Salmah.” Ringkas tutur Seremaia Vakarusa.

Sarjan Seman diam. Menabur pandangan jauh ke hujung berek dan ke kaki bukit tinggi yang berbalam.

“Dia seorang perempuan yang baik,” Seremaia Vakarusa melucutkan gugus keluhan.

Sarjan Seman diam. Memasung diri dan rasanya di celah-celah petikan tali gambus yang ngilu.

iv

Sarjan Seman menyapu kristal peluh yang berkaca di wajahnya. Wajah yang berkedut itu menyimpul simpan seribu rahsia dan pengalaman waktu menuntut kemerdekaan Gambus yang pernah di petik ketika bersama tentera Komanwel disandarkan di atas almari. Kumat kamit dia gerakkan bibirnya menyanyikan lagu BULA MALAYA. Lagu nostalgia itu cukup mekar dalam indraloka ingatannya. Perlahan-lahan dialihkan pandangannya pada anak keris yang tersangkut di dada dinding. Keris tiga lok itu hadiah dari Kopral Robi, anak timur dari sempadan Malaysia-Thai. Lama direnungnya keris tersebut. Dalam budaya Melayu, bisik hatinya, keris meletakkan lambang sempurnanya wibawa Melayu dan barang pusaka yang punyai kukuh kuasa magis.

Perlahan-lahan dia mengambil keris yang memiliki ketampanan rupa, kekacakan garis dan kehalusan hiasan itu. Ditariknya mata keris dari perut sapir, lalu diciumnya mata keris berbentuk gerak ular campuran alunan ombak dan arus air itu. Terkenang Mat Kilau, terbayang Tok Janggut. Teringat Megat Panji Alam yang memakai keris panjang perbuatan Minangkabau, empat jengkal, memakai pendua berhulukan bawang sebungkal bertatahkan permata merah. Ditenung tilik anak keris kecil berseni, teringat kisah keris Raja Mambang Malik yang mempunyai mata sepukal pamur perak tiga biji di hujungnya:

Keris bernama Semilawari

Pedang bernama kilat senja

Diam dalam cembul gading.

Ombak melambung buihnya hingga hinggap di perabung rumah. Seorang lelaki, sebayanya, menjatuhkan langkah di celah-celah garing pasir dan suam percikan buih, menjinjing beg memasuki halaman rumahnya. Anak keris di simpan di dalam almari ukir. Perlahan-lahan dia meletakkan pandangan pada tubuh Dia terpegun melihat langkahan lelaki itu. Senyuman kecil berbunga di hujung kelopak lelaki bertopi anyaman buluh.

“Boleh saya tumpang tanya?” Telonya pekat Inggeris.

Sarjan Seman terpegun “tuan boleh bercakap Melayu?”

“Saya lama di Tanah Melayu.” Jawabnya, senyum sambil menyapu peluh di mukanya.

“Tuan nak tanya apa?” Sarjan seman membiarkan percikan anak ombak menimpa mukanya.

“Apakah ini rumah Sarjan Seman?” Perlahan tutur Seremaia Vakarusa, sambil melilau kiri dan kanan.

“Sarjan Seman yang mana satu tuan?”

“Sarjan Seman yang pernah bertugas dengan tentera komanwel.” Jelas Seremaia Vakarusa.

“Errrr...ya..ya..”

“Ini Sarjan Semankah?” Usul bekas tentera Fiji.

“Ya, saya.“

“Sarjan tak kenal saya lagi?” Seremaia Vakarusa tersenyum. Perutnya agak buncit.

“Saya dah tua, tuan” Jawab Sarjan Seman. Di biarkan anak-anak ombak menyapa tubuhnya. “Fikiran orang tua mudah lupa.”

“Saya Sarjan Seremia Vakarusa dari tentera Fiji.” Dia perkenalkan dirinya.

“Sarjan Seremia Vakarusa?”

“Sarjan tentu ingat:

*Bula Malaya kei Viti Talenga,

Cauravou era ya gangga,

Vosa na wei e vaka lasalasa,

Ni bula ni bula kece sara,

Me da sa mai vei kuna tale,

*(Hello Malaya dan Fiji

Pemuda-pemuda kami

Adalah askar yang berani

Mereka gembira

Hello, hello semua....

Teringatlah Fiji...Fiji sangat kecil...)

“Vakarusa, maafkan aku.” Ujar Sarjan Seman. Senyum. Mereka berpelukan ketika busa buih menyapa dan menimpa tebing pantai. “Macam mana kau tahu rumah aku?”

“Aku hubungi persatuan beks perajurit,” Sarjan Seremaia Vakarusa menompang tangan di kepala tangga, “aku bagi nombor tentera kau dan mereka berikan alamat rumah ni.”

Sarjan Seman mengeluh.

“Seman, macam mana dengan Salmah?”

“Salmah?”

iv

“Kita dah tua Rusa,” Salmah bersimpuh di beranda. Pandangannya menjalar pada kaki laut yang biru membiru.

“Tua hanya pada perkataan dan sebutan,” Seremaia Vakarusa duduk di birai tangga. Wajahnya di bayangi bilah daun kelapa gading yang berbuah kuning, “tapi kasih dan sayang saya pada awak tetap seperti dulu, Salmah.”

Bunga-bunga bungkam mengalungi keluhan Salmah.

“Salmah, saya ikhlas.”

Salmah berengsot, “awak tahu dengan keadaan saya’kan?”

“Apa salahnya kita berkongsi masalah.” Tujahan mata Seremaia Vakarusa berhimpun dalam seludang mata Salmah.

Ketika rambutnya terumbai ditiup angin, Salmah menumpang tangan di gelegar rumah. Dia berengsot ke beranda, memandang air laut yang biru membiru menebuk dinding pantai, “Rusa, lupakanlah saja niat awak tu.”

“Tidak Salmah.”

“Awak dah tengok cara hidup saya’kan?” Salmah menyelak anak-anak rambut yang menutupi dahinya. “Perkahwinan orang tua dan lumpuh macam saya ni, tentu menyusahkan awak.”

“Saya dah biasa hidup susah.” Seremia Vakarusa menyangkut topinya di kepala tangga. “Isteri saya yang dulu juga lumpuh.”

Sarjan Seman diam tidak menyampuk. Sesekali dia lingaskan pandangannya pada Salmah dengan bekas Sarjan dari Fiji itu. Perlahan-lahan dia cuba renangi lagu BULA MALAYA dalam kotak ingatannya.

“Biarlah saya di negara saya. Awak di Fiji.” Perlahan ujar Salmah, memandang alunan lembut air laut dan burung-burung menyisir di atas pulau. “Kalau awak teringkatkan saya,” Salmah menyelak anak rambut yang cuba menutup pandangannya, “doakanlah kesihatan saya. Kalau awak sayangkan Tanah Malaysia, ingatlah lagu BULA MALAYA.”

“Salmah, soal sekarang saya...saya...” Tutur Seremaia Vakarusa tergantung di situ.

“Terimalah hakikat bahawa kita takkan bersama.” Perlahan tutur Salmah.
“Kerana warna kulit?” Soal bekas Sarjan Fiji.

“Tuhan jadikan manusia berbagai warna kulit bukan untuk berkecil hati tapi untuk berfikir tentang kebesaran dan kehebatannnya.” Salmah melurut kakinya dengan minyak akar kayu yang panas.

Seremaia Vakarusa meletakkan keluhannya.

“Pulanglah ke Fiji.” Salmah memadang jauh ke dalam mata Seremaia Vakarusa, “ramai teman-teman awak menanti di sana.”

“Salmah, peluh saya banyak tumpah di Tanah Malaysia ni.” Ujar Seremaian Vakarusa antara keluhan dan harapan, “saya...saya rindukan tanah bertuah ni. Kalau awak menolak hasrat saya ini...saya takkan pulang ke Fiji lagi.”

“Rusa?”

Ombak terus berdebur, meletakkan busa buih dan menambah basah butir pasir di dada pantai.

v

*Bula Malaya kei Viti Talenga,

Cauravou era ya gangga,

Vosa na wei e vaka lasalasa,

Ni bula ni bula kece sara,

Me da sa mai vei kuna tale,

*(Hello Malaya dan Fiji

Pemuda-pemuda kami

Adalah askar yang berani

Mereka gembira

Hello, hello semua....

Teringatlah Fiji...Fiji sangat kecil...)

LAGI KARYAKU


CERPEN: DI LEMBAH BARAKAH.


Sudah cukup lama dia tidak kunjungi sejuk lembah barakah. Sejak dia bergelar hartawan, dia seakan jijik untuk lewati laman yang pernah dia tanam pohon hajat dan semai benih tahajjud itu. Sejak namanya merentas separuh daripada muka dunia ini, dia seakan segan untuk memijakki lembah yang pernah dia temui akar-akar witir dan bunga iktikaf, apa lagi untuk mencium harum bunga qiamulail. Dulu, dialah pengutip bunga bunga iktikaf. Dialah yang membersihkan laman terawih. Dialah penghuni lembah barakah yang banyak sekali menyimpan manuskrip sejarah Islam. Dia fasih bercerita tentang pahlawan Islam, Usamah bin Zaid. Al-Ala bin Al-Hadhrami, malah dia juga tahu kisah Utbah Ibn Ghazwan, Tariq bin Ziyad, pahlawan Abdullah bin Masud yang terlibat dalam Perang Badar serta pahlawan Abdullah Bin Rawaha yang terlibat dalam Perang Mu,tah.


Rentetan kisah-kisah wanita syurgawi tetap meniti di kelopak bibirnya. Kisah Umayyah binti Qais Al-Ghifariyah , seorang jururawat ketika dalam peperangan sentiasa segar dan hidup dalam relung ingatannya. Kisah Ummu Sulaim binti Malham, ceritera Sumayyah binti Hubbath yang disiksa bersama anaknya Ammar dan suaminya Yasir oleh Abu Jahal, benar-benar menginsafkan dia, apa lagi dengan citrawara jururawat tauladan Rufaidah Al-Anshariyah yang menjadi idola penyair Ahmad Muharram dalam kumpulan karangannya yang berjudul Al-Ilyazah Al-Islamiyah. Semuanya fasih diceritakan tatakala dia mendiami rumah insaf di lembah barakah.


Waktu dia menjadi penghuni lembah barakah, dia juga pintar berkisah tentang masjid-masjid di Madinah. Malah dia pernah bercerita latar sejarah Masjid Quba, masjid yang terletak di sebidang tanah milik Kalsum bin Hadam. Dia juga tahu titik sejarah Masjid Jumaat, masjid yang berceratuk di Lembah Ranuna. Masjid Khomsah yang tersergam di Khandaq daerah pergunungan Sila’ di pinggir kota Madinah, juga dia fasih arif titik sejarah masjid itu. Masjid Fadhih, Masjid Bani Quraizah, Masjid Masyrobah Ummi Ibrahim, Masjid Ijabah dan Masjid Qiblatin yang mempunyai dua mihrab, kisah Masjid Jabal Uhud, di ceritanya penuh teratur dan teliti.


Telaga-telaga bersejarah di tanah bercahaya itu juga dia simpan sejarahnya. Kisah Telaga Aris pernah di hafal lancar di bibir. Telaga Ghurus, Telaga Raumah, Telaga Bidha’ah, Telaga Anas bin Malik bin Nadhar, malah kisah Telaga Quraidhah juga dia tahu siratan sejarahnya.


Lembah barakah yang mengalirkan air keinsafan dan tulus taqwa sudah lama benar tidak dikunjungi. Laman yang direndai dengan hijau daun doa, taman tahajjud, wilayah witir, dan tanah terawih itu sudah jauh ditinggalkan, apalagi hendak diziarahi. Dia tinggalkan lembah barakah kerana sekelumit harta dan kebun kemewahan. Dia jijikkan tanah barakah kerana kekayaan secebis. Benarlah tutur orang, harta kadang-kadang boleh jadikan manusia palsu. Kini kebun kemewahan yang dipinjamkan sekejap itu sudah ditarik balik dan dia ditamui kemiskinan, lalu dalam guliran air mata yang berkaca, dia kembali bersimpuh dan meletakkan tulus diri di lembah barakah


Longlai langkahnya disusun, menjunamkan hujung kakinya tanpa sepatu ke lembut lembah barakah. Guliran air matanya di batas pipi kelihatan bersinar bila terkena tangkupan cahaya dari bola matahari senja yang melambungkan gabungan warna sayu kuning pinang masak . Ternyata tanah situasi di lembah barakah itu betul-betul mengoyak keangkuhan dan meletakkan ngilu di hatinya. Pokok-pokok bunga yang ditinggalkannya dulu, kini sudah menjadi pohon rendang dengan luahan bunga-bunga indah yang menerbitkan berbagai bau. Luluh hatinya bila bau-bau yang bervariasi itu menusuk kelopak hidungnya.


Tik!


Guliran airmata pertamanya yang sekian lama bertahan di batas pipi, bergolek jatuh ke atas licin dada daun-daun di lembah barakah. Cantik sinar itu masih sama seperti cantik sinar yang pernah ditontonnya ketika dia tinggal di lembah barakah dulu. Perlahan-lahan diangkat guliran airmatanya itu, kemudian dijamahnya penuh sayu. Suam titik itu masih sama seperti yang pernah dijamahnya detik silam. Perlahan-lahan dia bingkas berdiri.


Allah hu akbar, dulu itulah tuturnya yang selalu diucapkan. Bila dia berada di puncak keagungan, ucapan itu cukup jarang terloncat dari lorong kelopak bibirnya. Dan kini dia ucap kembali tutur itu dengan penuh ngilu di ulu hati, bila dia bersimpuh di sempadan kesempitan. Perlahan-lahan dia mengesotkan hujung jari kakinya. Dan kaki yang tidak bersepatu itu di atur longlai ke hilir. Sekuntum bunga segar di lembah barakah tiba-tiba terpangku di ribaannya. Di kutipnya bunga tersebut, ditatap perlahan penuh insaf.


Bunga terawih. Bisik hatinya.


Di tatapnya bunga itu dengan pandangan penuh sayu. Keluhannya tercurah inti insaf. Cukup lama dia tidak memandang bunga yang hanya kembang dalam bulan Ramadan ini. Airmatanya menjurai menimpa kelopak bunga yang lembut itu. Di beleknya kelopak bunga ramadan itu satu persatu.


Kelopak pertama, kelopak taubat. Airmatanya bergulir lagi bila melihat kelopak tersebut. Sepatutnya dia sudah lama membelek kelopak itu, kerana hal-hal taubat sebenarnya sifat yang perlu wujud dalam diri muslim untuk bebaskan diri daripada dosa. Tapi entah kenapa dia tiba-tiba sahaja jadi alpa. Jadi perahu yang tidak berkemudi. Jadi pokok yang tidak bertunjang. Dia akhirnya jadi kiambang yang mengikut anak alur air. Sepatutnya dulu lagi dia mencium bunga ramadan sambil membelek kelopak taubat dan tidak memandang remeh dosa kecil yang mendorongnya melakukan dosa besar. Sepatutnya sudah lama dia muhasabah dirinya, bukan bermegah dengan apa yang dimiliki sambil sedia mengaut rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T. yang melimpah ruah. Dan airmatanya jatuh lagi bertaburan di atas tajam hujung rumput yang menghijau di lembah barakah bila mengatur silap lalunya.


Bingkas berdiri, dengan tangan masih memegang bunga ramadan, dalam longlai tapak yang tidak lagi bersepatu, dia menuju ke hilir lembah barakah. Pandangannya yang berbalam kerana dilitupi airmata penyesalan, disapu dengan perut jari. Isak kecilnya terutus di copeng telinganya. Biarpun perlahan tapi sendat berisi ngilu.

Kelopak ke dua bunga Ramadan diperhatikan. Kelopak istigfar. Tapi lidahnya seakan kekok dan kelu untuk zahirkan ucapan istigfar. Dia tahu. Istimewanya istigfar, tapi entah kenapa, tiba-tiba sahaja tuturnya seakan tertutup dan hilang dalam kerongkong untuk aturkan murni ucapan tersebut. Dia tahu, istigfar mententeramkan hati yang sedih dan berdukacita, menghilangkan kesusahan dan melunaskan rezeki serta menunaikan segala hajat, membersihkan hati daripada lalai dan lupa dan mampu menerima tiap-tiap sesuatu itu dengan ketenteraman iradah dan kudrah Allah. Istigfar juga mengkafarahkan sepuluh dosa, serta menjadi titi untuk menuju Hasanul Khatimah. Tapi semua itu tidak upaya diucapkannya kerana dia sudah lama tidak kunjungi lembah barakah. Dia sudah jauh tinggalkan lembah yang dihiasi dengan bunga-bunga witir, tahajjud dan qiamulail itu. Dia terkepung oleh nafsunya sendiri.

Tik! Gelungsuran airmatanya jatuh lagi menimpa kelopak bunga ketiga. Kelopak ketiga kali ini membawa cahaya sedekah. Dan airmatanya menitis lagi kerana cahaya sedekah yang pernah dipandangnya silam, sudah terpisah dari dalam dirinya. Soal budi dan budiman juga sudah jauh meninggalkan dirinya setelah dia agak lama tidak menziarahi laman barakah.


Kelopak bibirnya dikacip dan dia mengemam lagi airmatanya. Kekesalannya kerana peristiwa silam sudah banyak mengajarnya erti tanda hidup dan kehidupan. Dia pun tidak tahu, kenapa tiba-tiba sahaja dia menjadi manusia yang bencikan lembah barakah, sedangkan dilembah itulah dia selalu bercucuk iman dan bertanam amal. Di subur lembah itulah dia menugal nikmat dan mengutip pucuk-pucuk kenikmatan yang segar menghijau. Barangkali kerana dia disaluti nafsu amarah, dibaji kemegahan lalu dia hindarkan diri dari hadir ke lembah barakah.


Kelopak iktikaf di belek. Ternyata kelembutan kelopak itu sudah lama tidak dijamah. Dan kini dia kembali bertekad untuk menjamah lembut kelopak itu sambil mencium bunga Ramadan setelah cukup lama bunga itu tidak di pandang dan diciumnya. Dulu dialah penghuni masjid di lembah barakah. Dialah yang membaiki kolah di masjid tersebut. Lima kali sehari dia laungkan azan memanggil jemaah mengerjakan solat. Tapi setelah dia berada di puncak dunia, dia tidak lagi memandang rumput di bumi sedangkan dia tahu hijau rumput sebenarnya sebahagian daripada kebesaran Illahi. Kini menara nama yang gah di tunjuk langit kehidupannya, sudah tumbang dan dia tidak perolehi apa-apa kecuali kesalan dan airmata. Lalu bila tiba saat ujian begini, dia cuba bandingkan dirinya dengan rumput. Apa guna jadi pohon besar yang tidak berdaun, baiklah menjadi rumput, meskipun kecil tapi rumput yang terbaik di permatang.


Kelopak iktikaf di usapnya perlahan penuh sayu berbalut ngilu. Tanpa di duga, airmata yang bergulir di pipinya, terhambur di atas kelopak yang lembut itu. Antara iktikaf dan ibadah puasa sebenarnya buah perkara yang lebih menghampirkan seseorang kepada Allah. Untuk memegang kelopak iktikaf, mestilah menggenggam bunga ramadan terlebih dahulu. Tapi kemewahan yang sedikit mengalpakan dia untuk terus memegang bunga ramadan, bunga yng paling di sukai waktu menjaga masjid di lembah barakah.


Kini dia kembali ke lembah barakah dengan guliran airmata dan naskah ngilu di ulu hati. Dipegangnyanya bunga ramadan penuh limpah kasih sayang, dicium penuh idaman, dibiarkan kelopak itu basah terkena guliran airmata insafnya.


(ii)


"Barangsiapa yang mengerjakan puasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan kepada Allah dan benar-benar mengharapkan keampunan, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu."

Jumat, 09 Oktober 2009

LAGI CERPEN KARYAKU



Baju Bendahara tersiar di dalam DEWAN SASTERA manakala LOK tersiar di dalam majalah MASTIKA. Apa yang ku tulis adalah pengalamanku dan segala fakta yang terkandung di dalam cerpen itu adalah ketabahanku.

ANTOLOGI CERPEN 10 TAHUN


Alhamdulillah. perjuangan silam sudah menampakkan hasilnya. syukur. menulis kadang-kadang seperti menanam pokok kelapa. Dalam masa tujuh tahun jangan diimpikan hasilnya. namun bila pokok itu sudah berbuah, dalam masa tiga puluh tahun masih mampu menikmati buahnya. Malah pokok itu mampu menyara keluarga.

Rabu, 07 Oktober 2009

PESISIR: KILANG YANG DILUPAKAN



PESISIR: KILANG YANG DILUPAKAN.

Sebelum tersohor ada sahaja janji dan tekad yang ditaburkan. Ada yang mahu menjulang PESISIR (Persatuan Penulis Tumpat) setinggi langit. Ada juga yang menanam keyakinan bahawa budi PESISIR tidak akan dilupakan begitu sahaja. Atau kata lain, kacang tidak akan lupakan kulit. Lembu tidak akan lupakan kandang.


Segar rasanya angin pendekar Pengerusi Ayah Weil dengan janji manis berair tebu yang disampaikan anak murid yang bijak dan santun. Rata-rata ayah Weil berbangga dengan kemampuan anak buahnya itu. Justeru, dalam merancakkan bidang kreatif, pelbagai bengkel penulisan kreatif diadakan.


Dari puisi hinggalah kepada drama radio, tv, novel dan cerpen. Lalu bercambahlah penulis PESISIR. Sana sini tumbuh penulis dari persatuan kecil yang besar baktinya itu. Di Pahang ada ahli PESISIR, apa lagi di Kuala Lumpur, Terengganu malah Sabah dan Sarawak termasuk Pattani Thailand. Setiap jajahan ada penulis yang digilap dari kilang yang kecil itu. Di Kota Bharu ada, apa lagi di Pasir Putih, Bachok, Kota Bharu, Pasir Mas waima Tanah Merah. Macam buah getah meletup!


Setiap penulis yang dihasilkan oleh kilang PESISR gah di persada negara. Karya mereka tersiar di media cetak dan elektronik. Yang cerpen sudah tentu dengan cerpen mereka manakala yang novel pula dengan trilogi dan kompilasi mereka. Tidak kurang juga berpuisi pun dengan antologi mereka.


Ayah Weil tumpang tersohor. Kembang hati dan jantung ‘tokeh’ bnila anak buah sudah ada yang memenangi anugerah negara. Pun adat dunia tertulis begitu. Perahu tidak selamanya di pangkalan. Satu masa akan baik ke darat dan dijual ke tempat lain. Begitu juga dengan si ikan pasu . Tidak selamanya berada di lautan. Ada ketika dan musimnya berada di daratan menjadi hidangan petani dan bangsawan.


Penulis didikan PESISIR sudah tersohor. Berjalan sudah tidak memakai tongkat lagi. Yang buta kreatif telah celik dan mencipta nama sebaris penulis mapan negara. Lalu akhirnya jambatan pun dibakar selepas sampai ke seberang. Di tanya si polan dari manakah asal usul anda, si polan menjawab saya bijak kerana saya usaha. Saya kreatif kerana saya minat sdan saya tersohor atas usaha saya tanpa bantuan sesiapa.


Ditanya lagi, bukankah anda anak mukim PESISIR dan pernah bertemu dalam persatuan itu? Jawab si polan, oh tidak! Itu persatuan penulis daerah. Persatuan untuk orang-orang yang tidak memiliki ilmu pengetahuan global. Saya dari persatuan penulis bertaraf lima belas bintang.


Jawapan itu meluruhkan daging jantung ayah Weil, apa lagi Adiputera dan Ediramlie. Mereka merupakan ‘kasar jantan’ PESISIR. Mengambil mutiara di dalam lumpur, kemudian membasuh dan menggilapnya hingga ke Pattani dan Songkla, mendedahkan mereka dengan jutaan ilmu kreatif, akhirnya dilupakan dan malu untuk menyatakan bahawa mereah adalah pada asalnya produk yang dihasilkan daripada kilang PESISIR.


Aduhai PESISIR, begitulah kehidupan ini. Janji ditabur pamanis mulut. Kacang sudah lupakan kulit dan lembu sudah tinggalkan kandang. Apa pun tahniah PESISIR kerana menjadi bunga kenanga dan cempaka telur yang sentiasa berbau meskipun di musim tengkujuh.

SEJARAH PESISIR


Sejarah dan latar belakang Pesisir

LATAR BELAKANG ORGANISASI

Pesisir atau Persatuan Penulis Tumpat ditubuhkan pada 13 Julai 1981 oleh beberapa orang pengiat sastera di daerah Tumpat. Mereka adalah terdiri daripada Napie Mat, Rozani Yusoff, Ludin Che Mat, Osman Esa, Ghazali Man, Shafie Mamat, Mohamad Salleh, Lee Giok Chun, Asmui Mustafa, Hashim Latiff dan beberapa orang sahabat sastera yang lain .

Pesisir mula diterajui oleh Ketua 1 pertama iaitu wan Mohamad Wan Sulaiman dan setiausaha 1 pertama dipagang oleh Napie Mat yang juga merupakan pengerak utama ke arah mengaktifkan Pesisir pada peringkat permulaan penubuhannya.

REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA: TRAGEDI SUMUR


TRAGEDI SUMUR

Dalam kejadian Sungai Semur pada 25 Mac, 1950, Platun No. 12 seramai 25 anggota dari Kompeni D, 3 RAMD telah diserang hendap oleh sekumpulan pengganas komunis dengan kekuatan seramai 250 anggota ketika menyusuri sungai tersebut kira-kira jam 10.30 pagi.

Dalam serang hendap di Sungai Semur ini, 17 orang anggota 3 RAMD terkorban dalam pertempuran menentang kira-kira 250 pengganas komunis sementara enam anggota cedera parah sementara dua lagi anggota mengalami cedera ringan. Meskipun tewas, mereka menunjukkan semangat juangn yang tinggi melawan pasukan musuh yang hampir 10 kali ganda kekuatan mereka. Malah mereka berjaya membunuh seramai 29 orang musuh.

Senin, 05 Oktober 2009

ANUGERAH ATAU HADIAH


S

AAT saya bertemu dengan penulis seangkatan, kami berkisah tentang karya yang tersiar. Rupanya sudah melebihi 200 buah cerpennya diterbitkan di media cetak. Tahniah. Karyanya terpampang di dada majalah-majalah elit negara dan seberang selain akhbar arus perdana.

Kemudian kami bercakap lagi perihal novel dan drama radio tapi tidak puisi kerana saya tahu dia kurang menyengat dalam gelanggang itu. Bukan dia tidak menulis puisi namun tenaga kekuatan genre itu tidak menyamai kegagahanya dalam novel, cerpen dan drama radio.

Dia mengatakan sehingga kini, hampir lima puluh buah novelnya telah diterbitkan oleh pelbagai penerbitan gergasi termasuk Dewan Bahasa dan Pustaka, Alaf 21, Utusan Publications, Creative Enterprise, selain penerbit bidan terjun. Dari novelet hingga ke novel tebal. Dari kisah remaja hingga kepada kisah dewasa.

Aduhai, begitu kreatif sekali sahabat saya itu. Masa dan ruang terluangnya tidak disia-siakan begitu sahaja. Ilmu dan pengalamannya disusun harmoni lewat karya-karyanya. Dia beristiqamah dalam berkarya. Bukan seperti melepaskan batuk ditangga. Kerjanya satu ibadah.

Kemudian saya bertanya lagi tentang penerbitan antologi, hadiah selain sayembara. Dia mengatakan sehingga kini beberapa buah cerpennya bakal diantologikan dan akan diterbitkan oleh penerbit establish di negara ini. Saya cuba menyelongkar perihal hadiah sastera negara atau hadiah-hadiah iringan lain yang mungkin menjadi rahsia dirinya. Dalam senyuman selamba, dengan menggunakan sepuluh jari tangannya, campur satu jari kakinya, dia membilang hadiah yang pernah diraihnya.

Sedar tidak sedar, sudah hampir sepuluh hadiah negara diraihnya, termasuk Hadiah Sastera Perdana katogeri eceran selain Hadiah Sastera Utusan Melayu Public Bank dan banyak lagi. Calang-calang penulis segagahnya dalam berkarya. Biarpun berada di pedalaman, jauh dari kelompok penulis kota yang ‘hebat’ namun sahabat saya itu mampu menghasilkan karya yang baik dan boleh diterbitkan.

Saya bertanya lagi tentang anugerah. Dia terpinga seketika. Anugerah atau hadiah? Soalnya kembali. Saya kata anugerah dan bukan hadiah. Sambil membetulkan kolar bajunya dia menjawab, juga dalam nada selamba dan sinis. Anugerah hanya diberikan kepada penulis yang tidak menulis kerana penulis itu mahu menempa nama. Sedangkan penulis yang sudah menghasilkan ratusan buah cerpen dan puluhan buah novel tidak perlu diberikan anugerah kerana dia sudah memahat namanya di persada sastera negara.

Aduhai, jawapannya sungguh tajam bagaikan seligi. Saya terdiam sejurus dan berfikir apakah benar ujaran itu. Apa pun saya sekadar menduga dan mahu mneggeleteknya. Saya tahu keenakkan dan keempukan karyanya. Membaca karyanya seakan mengajak pembaca mengikuti sama fenomena kehidupan manusia di sarwajagat ini.

Kemudian saya teringatkan beberapa orang karyawan muda yang berjaya ‘mengumpul’ anugerah hanya dengan beberapa buah karya yang tersiar. Lalu saya berfikir. Penulis yang bagaimanakah patut menerima anugerah?

Saat berpisah kami bersalaman dan dia berkata, tanpa anugerah dia tetap juga berkarya kerana penulis yang tekun itu tidak sama dengan penulis yang rajin.

Minggu, 09 Agustus 2009

HUJAN TURUN LAGI


Alam ini tidak lengkap tanpa guguran hujan. Justeru, guguran itu sesuatau yang murni, menuntut rindu di persada ingatan. Tuhan turunkan lagi hujan bagi membaiki alam yang telah dirosakkan oleh embun.

Jumat, 07 Agustus 2009

PEMANGKIN SEMANGAT



Isteri dan anak-anak, terus memberikan insipirasi buatku menulis dan merentasi ranjau duri penulisan. Wajah-wajah mereka memberikan ilham buatku selain semangat jitu. Allah telah berikan yang terbaik buat ku dan aku bersyukur serta hargai dengan apa yang aku miliki.

Kamis, 06 Agustus 2009

KARYA TERBAHARU





Karya terbaharu 2009. Usaha gigih tentunya memberikan hasil yang terbaik

COVER UNTUK NOVELET AKAN DATANG


Inilah hasil karyaku yang bakal diterbitkan tahun hadapan 2010. Usaha ini dibantu isteri. Terima kasih kerana banyak membantuku

Minggu, 29 Maret 2009

INSAN YANG BANYAK MEMBANTU



Isteri, banyak membantuku dalam dunia penulisan dan penerbitan buku.

Jumat, 06 Februari 2009

RAHSIA BUDI


Hidup ini perlukan kepada keyakinan diri. tanpa keyakinan kehidupan ini akan susah. justeru, ketabahan itu penting dalam usaha jadikan hidup ini meriah dan indah

Senin, 02 Februari 2009

LEFTENAN HAMBALI


Perjuangan ini mesti diteruskan meskipun ada nyawa yang melayang. menjaga tanah air tuntutan agama.

Sabtu, 31 Januari 2009

COVER UNTUK NOVELET AKAN DATANG


bonda, berikan suam airmatamu padaku. akan ku ukir menjadi selendang buat mengayukan wajahku dan berikan nestapamu padaku akan aku ku jadikan azimat pemangkin semangat kerjayaku. ada sesuatu yang menyentuhi ulu hati bila merenung cover ini

COVER UNTUK NOVELET AKAN DATANG


ada sesuatau yang menjadikan seseorang itu menangis bila merenung lanskap kehidupan bergerigis. hilai tawa teman, tidak semuanya berhimpun dalam diri. sekeping lagi lukisan untuk cover baru. nantikan kemunculannya di pasaran.

Rabu, 28 Januari 2009

COVER UNTUK NOVELET AKAN DATANG


Minat mendalam dalam bidang penerbitan makin menyala. di sini, saya perturunkan contoh cover untuk novelet akan datang. minta komen rakan-rakan.

Kamis, 15 Januari 2009

NOVELET BAKAL TERBIT








mengandungi nilai-nilai murni, kreatif, inovatif, patriotik, cakna kelauarga dan persahabatan. sesuai untuk perpustakaan umum. kepada rakan-rakan yang nak tempah hubungi saya. selamat membaca. kalau pun tidak menangis tersedu-sedu, setidak-tidaknya ada kelam di dalam dada ketika membaca novelet ini. saya kira percubaan berani ini memungkinkan saya menggapai kejayaan. InsyaAllah. teman-teman sudilah membantu.



















Kamis, 09 Oktober 2008

SAYA AKAN BANTU PESISIR


"Kalau ada program PESISIR, bagitahu pada saya, saya akan bantu PESISIR," kata Tuan Shafien. Sambil tersenyum beliau menyambung ujarnya, "PESISIR sudah menjadi darah daging saya, meskipun saya berada jauh di Utara, namun hati dan jiwa saya merimbun dalam PESISIR. Saya besar dalam PESISIR. Namun kerana tuntutan hidup saya tinggalkan PESISIR tetapi tidak melupakan jasa dan namanya."

TUNJANG PESISIR




















Tak perlau saya perkenalkan. Mereka adalah antara tunjang PESISIR yang menjadikan PESISIR tegak hingga sekarang

PERJUMPAAN AIDILFITRI PESISIR


Lama tidak bertemu, akhirnya berjumpa di dalam majlis Mesra Hari Raya Aidilfitri Persatuan Penulis Tumpat (PESISIR). pertemua itu ternyata kembali menwujudkan simpulan silaturahim yang kukuh di kalangan ahli PESISIR. Gabungan yang bertunas itu mencambahkan akar-akar ilmu yang berzat. Antara sahabat lama yang hadir, Shafien Mamat, OCPD Seberang Prai Selatan yang hampir dua puluh tahun tidak kunjungi persatun yng pernah didokonginya. Kalaulah Awang Abdullah, Azli Lee, Napiee Mat atau LUdin C.M atau sesiapa sahaja dapat hadir menyerikan majlis itu, alangkah hebatnya PESISIR.

Rabu, 20 Agustus 2008

KARYA TERBARU OGOS 2008


Akhirnya ANJUN lahir juga. Kehadiran ANJUN ke persada sastera negara, saya kira mampu saingi novel-novel lain. Novel terbitan ALL WRITE ini tentunya berjaya mengheningkan kembali kekusutan dalam merengkuh kehidupan yang bergerigis. Antara cita dan cita-cita, semuanya tersirat dalam ANJUN. Selamat membaca.

Senin, 04 Agustus 2008

15 TAHUN TIDAK BERTEMU




Hampir lima belas tahun saya tidak bertemu dengan saudara Zaaba Md. Zainal dan akhirnya saya bertemu dalam bengkel penulisan berita PESISIR. Sdr. Zaaba pernah menjadi SU PESISIR kalau tidak silap ingatan saya pada tahun 1995. inilah kehebatan PESISIR. Kini nazir JPN itu kembali memusingkan perahunya ke pangkalan PESISIR. terima kasih Ba. akan kembali meriah PESISIR dengan kemasukkan semula sdr. ke dalam group. harap terus aktif dan kenangkan kembali kemesraan kita dalam PESISIR belasan tahun silam kerana kenangan itu menjadikan kita semakin akrab. kunjungan itu sebenarnya satu keakraban

Kamis, 24 Juli 2008

SAHABAT KARIB


Dulu sama-sama tanam padi di Baruh Ikhtiar, Hujung Jal dan Banggol Sayap. kini Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan, Supt. Shafien Mamat. Bekas AJK PESISIR. Puisinya hebat. Dari Jal Besar, sama-sama mengayuh basikal ke mesyuarat PESISIR di Tumpat. Anak kelahiran Kampung Jal Besar. Sama-sama menadah kitab di Madrasah arwah Haji Wan Mat Jal. Sama-sama tanam padi, sekali dengan Asmui. Sama-sama mengejar belalang di bedang Telaga Besar. Kini semuanya sudah berlalu. Asmui guru sekolah intergrasi, Shafien KPD, dan aku hanyalah sahabat yang memiliki bintang yang berbeza warna dengan kalian.

Sabtu, 12 Juli 2008

MEMORI


Teruja saya melihat kehebatan dan ketangkasan warga emas bermain bola. kalau dah minat bola tu, kain sarung pun kain sarunglah. Yang paling hebat sekali cara pemakaian mereka. sekaligus macam pendekar hilang keris!

Ada yang macam Megat Terawih, ada yang macam Hang Jebat. Ada yang macam Hang Tuah, Dato Maharaja Lela, Hang Kebun, Tok Gajah, Dato Bahaman, Tok Janggut dan macam-macam lagi.


Senin, 30 Juni 2008

GERIMIS MUSIM RINDU


Sebuah lagi novel hasil garapan saya. Lahirnya tanggal April 2008. Sokongan semua memungkinkan saya melakar semangat untuk lahirkan karya yang baik dan hebat. Gerimis Musim Rindu, ungkapan rindu dan nestapa, dua jiwa di kemelut kasih. Apa yang berlaku ini sebenarnya, antara ukiran kehidapan manusia di sarwajagat ini. Selamat membaca .

Kamis, 19 Juni 2008

SAHABATKU


Kembali ke Tumpat, terkenang Jal Besar dan Kampung Jambu. Sawah terbentang padi menguning. Sebatang taliair membelah sawah KADA yang sayup mata memandang. Dua kampung itu telah melahirkan sekurang-kurangya 10 orang penulis (era 79/80an). 6 orang penulis di Jal Besar dan 4 di Kampung Jambu. Kampung-kampung tersebut sebenarnya berdekatan, cuma dipisahkan oleh kampung Anal dan Tok Oh. Salah seorang penulis luahan kampung Jambu ialah Saudara Lee Chong Beng, adik kepada Lee Giok Chun. Lee giok Chu juga seorang penulis. Lee Chong Beng (sekarang Azlee Lee) tidak pernah lokek ilmunya dan saya pernah mendapat tunjuk ajar daripada pengalamannya.

Gelombang sastera diharungi bersama Swanlord Propoul dan Epian, kalau tidak silap ingatan saya, sama-sama mencipta nama di dalam bidang penulisan, malah Swanlord pernah mencipta kegemilangannya bila menterjemahkan novel Thai ke dalam Bahasa Malaysia (lupa tajuk novel) dan Epian ke TV3 sebagai penerbit drama. Masa telah menjarakkan kami semua dan tinggallah nostalgia itu di dalam diri saya. Setiap kali saya pulang ke Tumpat, sya aterkenangkan nostalgia itu. Saya memanggil kenangan itu dengan linangan airmata saya. Apa pun saya bangga bila melihat kejayaan Lee (itulah nama yang paling mesra anatara kami) dalam dunia kesusateraan tanah air. Antara kita (sahabat) ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, mungkin Lee lebih hebat daripada saya kerana dia graduan Universiti Malaya dan saya hanyalah anak kampung yang tidak cemerlang di kampung sendiri.

Minggu, 15 Juni 2008

TAMBO



Teruja rasanya diri ini bila mendengar lagu 'PALUAN BERUNDUR' yang telah disampaikan oleh pasukan tambo Angkatan Tentera Malaysia, sewaktu berlangsungnya majlis perasamian Kawasan Rukun tetangga (KRT). Dengan penuh semangat anggota dari unit TAMBO mempersembahkan kehebatan mereka dengan lagu-lagu medly yang menyayatkan hati, selain meremangkan bulu roma. Betul-betul teruja.

Teringat kisah di tahun-tahun 1980an tatakala menyarungi baju celoreng. Aduhai, teringin rasanya hendak kembali ke zaman agresif dan lasak itu. teringin rasanya hendak berada semula di lapang sasar dan padang kawad, dan teringin rasanya hendak melakukan semula PT pagi bersama jurulatih yang baik tetapi tegas. teringat ketika sama-sama direndam di dalam 'kolam Sarimah' kemudian makan kuih gulung di atas landasan kapal terbang. semua itu kenangan dan aku tetap bangga kerana dalam diriku ada darah perwira. kepada mereka yang bergelar tentera, aku hormati mereka kerana aku tahu susah dan payah mereka bersabung nyawa mempertahankan tanah air tercinta ini.

Minggu, 25 Mei 2008

PEMANGKIN SEMANGAT


DAERAH LAKSAMANA
Cerpen pertama saya yang tersiar di Mingguan Malaysia. Saat itu menjadi terlalu ghairah untuk saya menulis cerpen. Sehingga kini hampir 200 buah cerpen telah berjaya dihasilkan. Daerah Laksamana telah memenangi hadiah utama katogeri Cerpen Utusan Melayu Public Bank 1995. semuanya bermula kerana hendak menjadi seorang penulis. benarlah kata orang, pokok kelapa kalau sudah ada takah, akan senanglah seseorang itu untuk sampai ke puncak. bila berada di puncak, petiklah buah-buah yang boleh berikan manafaat buat semua kerana pokok kelapa itu pokok seribu guna.

Selasa, 20 Mei 2008

ADUHAI PENULIS


PENULIS SUNYI DI PEDALAMAN.

Seorang bekas penulis kreatif yang sunyi dan uzur di pedalaman, Hassan Yusoff 60, menyimpan hasrat bertemu semula rakan-rakan lamanya yang berada di seluruh pelusuk negeri Kelantan.

Katanya, hampir tiga puluh tahun lebih dia tidak bertemu dengan kesemua rakan penulisnya itu. Mereka yang masih berada di dalam ingatanya termasuklah, Norhisham Mustafa, Ramli Abdul Halim, Wadi Leta S.A., Wan Asri Mat, Kamarolzaman Haji Yusoff, Zahari Affandi, serta beberapa orang lagi yang telah hilang dari ingatannya.

Menurutnya kali terakhir dia bertemu sahabatnya itu sekitar tahun-tahun 1970an di Kota Bharu. Ketika itu dia masih kuat dan sihat. Selepas tahun tersebut dia tidak lagi bertemu dengan mereka sehinggalah kini.

Jelasnya, selepas di serang sakit buah pinggang, kegiatannya makin terhad dan masanya banyak dihabiskan di rumah sahaja dengan menjalankan kegiatan bercucuk tanam selain menjadi tetamu tetap masjid dan surau.

Sewaktu zaman kemuncaknya tiga puluh tahun silam, Hasssan atau nama penanya E.Sani Yusoff seringkali mengikuti program yang dianjurkan Persatuan Penulis Kelantan {PPK} dan Rumpun Seni Melayu Kelantan {RSMK}. Sebarang kegiatan persatuan yang berpusat di Kota Bharu itu tidak pernah dilupakan kecuali kalau ada keuzuran diri.

Puisinya yang berjudul Di Pinggiran, terbitan Berita Harian (1964) merupakan puisi yang terkesan di hatinya. Di dalam puisi itu dia banyak menceritakan tentang kisah dan falsafah kehidupan manusia. Selain itu dia juga banyak mencipta puisi bertemakan kehidupan manusia yang seringkali diamuk kasih sayang dan rindu cinta.

Puisi keduanya Dia, Gadis dan Ombak juga pernah di siarkan di Radio Malaysia Kota Bharu (sekitar 1970an). Apa pun bila ditanya jumlah hasil karyanya baik cerpen mahu pun puisi, dia tidak dapat memberikan jawapan yang tepat.

Dalam usaha menajamkan karya kreatifnya, dia pernah berguru dengan sasterawan negara S. Othman Kelantan sekitar 1964. Katanya selepas merdeka dia berpindah dari Tebing Tinggi Tanah Merah menuju ke Pahi dan sewaktu di situlah dia banyak menimba ilmu dengan penulis hebat Kelantan itu.

“Saya gembira melihat karya sahabat di dada majalah dan akhbar. Teringin hendak menulis semuala. Tapi sayang. Saya tak berduit hendak membeli sebuah mesim taip apa lagi komputer. Kalaulah ada sesiapa yang ingin dermakan sebuah mesim taip kepada saya, insyaAllah, saya akan cuba aktif semula,” katanya .

Sabtu, 17 Mei 2008

SIAPA ANDA


Sesiapa mendengar dengan telinga ia seorang pencerita dan sesiapa yang mendengar dengan hatinya, ia adalah orang sedar dan sesiapa memberi nasihat dengan perbuatan ia adalah seorang penunjuk.

Kamis, 15 Mei 2008

KARYA TERBARU
















Kalau tak menulis, rasanya macam demam tak kebah. justeru, saya menulis juga meskipun dalam rasa seperti demam tak kebah. Akhirnya saya berjaya siapkan 8 buah novelet terbitan ARUS INTELEK 2008. Terima kasih ARUS yang meneruskan arus penulisan saya. Novelet NADI BANGSA bertujuan memberi motivasi dan galakan kepada remaja hari ini untuk berusaha ke arah kejayaan. Bacalah, ada sesuatu yang menarik di dalam siri ini.

Selasa, 13 Mei 2008

ADUHAI PETANI


Dulu, kalau jadi petani semuanya memicingkan mata, menjuihkan bibir, malah ada yang loya melihat lumpur bertempek di betis dan badan petani. Busuk! Hanyir! Gatal! Miang! Semuanya cukup lengkap! Pada masa itu sebuat sahaja nama petani, merekalah kasta yang paling bawah sekali. masyaAllah. Hinanya petani!


Saya pernah menjadi petani. Di usia 12 tahun saya sudah mengambil upah memikul padi. Bayangkan, di usia sahabat tengah menelaah pelajaran, di kala teman-teman ke sana dan kemari bersama akereta mewah ayah dan ibu, saya berperang dengan lintah dan belut.


Apa pun itulah realiti hidup saya. Ayah dan ibu seorang petani malah dinasti saya adalah dinasti petani. Dalam kesedihan memikul padi, saya berjanji pada diri saya, saya hendak belajar bersungguh-sungguh. Saya mahu berjaya di dalam pelajaran dan akhirnya saya berjaya biarpun tidak secemerlang orang lain. Mungkin itu rezeki saya.

Kini harga beras sudah melabung tinggi dan bekalan beras juga semakin meresahkan pengguna. INflasi! Dan rindukan petani kembali menyerkup ruang rasa seluruh penghuni. Maka adalah mereka yang dulu becikan petani, mula memesrai, merindui dan berbaik-baik dengan petani. Ada yang hendak berkahwin dengan petani, menyerahkan tanah sebanyak 100 hektar untuk diusahakan. Malah ada yang bina asrama kepada petani. Macam-macam hal memujuk petani supaya menanam padi dan memajukan tanah terbiar.


Aduhai…


Kepentingan manusia sejagat ini bukan boleh di permainkan. Baik petani, peladang, nelayan, dan mereka yang menjadi kuli, sebenarnya mereka adalah permata yang patut diletakkan di atas sekasa. Jangan anggap bila mereka insani kasta paling bawah, mereka patut dihina, dipijak, ditendang terajang sesuka hati. Bila kita senang, kita lupakan mereka dan ketahuilah bahawa yang kita lupakan itu adalah insani yang berbudi pada semua.


Kita kena ingat, hidup bukan hendak memakan batu atau besi, tetapi makan nasi! Jangan tunggu ribut Nagris mengajar kita menjadi manusia insaf! Jangan tunggu tsunami baru kita nak sambung airmata bersama jiran yang susah. Ingatlah! Bila kita berada di dalam kesenangan dan kemewahan, kita berada di atas kerusi berukir, kita berada di atas lantai marmar, kita berjalan dengan kasut berharga sejuta, kita masih ada rasa islam yang kukuh. Dan ketahuilah. Kita ada petani, kuli, penternak dan nelayan dia belakang kita. Hargailah jasa dan titik peluh mereka dan kaji kepentingan mereka terhadap kita. Bila kita kaji kepentingan itu, kita akan merasa insaf. Kalau kita tak insaf baik kita jadi kayu api! Boleh buat tanak nasi atau jadi besi boleh dihunjamkan ke dalam sungai sebagai tiang jambatan!

Minggu, 11 Mei 2008

KEJAYAAN



Kejayaan itu perlu dikongsi bersama teman hidup sejati. Barulah hidup lebih bermakna,barulah senyuman secantik bunga. Orang yang yakin dengan apa yang dilakukannya tidak akan berhenti dipertengahan usahanya. Pengalaman yang berulang akan menimbulkan keyakinan di dalam diri seseorang itu seterusnya mampu mencipta kejayaan berganda.

Senin, 05 Mei 2008

HAMPER



Bila kita ke program dikir barat, ada hamper yang diberikan kepada pengujung yang banyak membelikan tiket persembahan. Bila kita ke mesyuaarat PIBG, pun dibaginya hamper sebagai paku penonton. Apa lagi ke majlis sukan rakyat, sukan bukan rakyat dan sebagainya, waima ke pertandingan tomoi, juga ada hamper. Pendek kata hamper memainkan peranan utama mengikat penonton untuk menamatkan sesuatu persembahan atau mesyuarat. Hamper pun hamperlah asalkan dapat barang free!

Cuba kalau tidak ada hamper, saya rasa penonton sudah lama meninggalkan kerusi di dalam dewan tersebut, malah ada yang mengatakan bahawa, daripada mengantuk di dalam dewan baik balik!

Tukan kebun boleh bagi hamper, penoreh getah boleh bui sumbangan hamper, penarik beca, pencari botol, pencari belut, tokeh ayam, tukang sembelih, tok menyadap semuanya boleh bui sumbangan hamper tersebut. Jadi kalaulah rakyat menunggu dengan mulut ter nganga, dengan hati terbuka akan sesuatau yang diminta untuk kepentingan semua, janganlah dibagi hamper, kemudian berjanji itu dan ini tanpa menunaikannya, bagilah apa yang diminta. Hamper hanyalah RM 15 satu. Apakah dengan hamper seseorang itu boleh dibeli wibawanya?

Minggu, 04 Mei 2008

FOTOGRAFI


Teman-teman kursus fotografi di Darul Hanan, Kok Pasir Tumpat Kelantan. semua orang boleh menjadi jurugambar tetapi untuk menjadi jurugambar yang terbaik, bukan mudah. Percayalah.

Sabtu, 03 Mei 2008

PEMANGKIN SEMANGAT


Mereka juga banyak berikan semangat buatku untuk terus memperkasakan dunia penulisan yang paling ku minati ini.

PLATOON 5


Bersama teman-teman dari Platoon 5, sewaktu menyertai pertandingan sepak takraw antara platoon. Akhirnya Platoon 5 menjadi johan menewaskan Platoon 2. Teringat Bakri, Hashim, Azmi, Subki, selepas 20 tahun meninggalkan Gong Kedak. Teringat juga Sarjan Napi, Sarjan robi, Kopral alis, Sarjan Sulaiman, Sarjan Mat rimau, Kopral Mat Gelen, Sarjan Hassan Komando, Sarjan Muhammad, Tuan Halim (Mej) , RSM Khairuddin. Budi kalian tak pernah ku lupakan. teringin hendak berkumpul semula seperti 20 tahun dahulu, namun masa itu tidak mungkin kembali lagi. Tidak mungkin!

Kamis, 01 Mei 2008

GADIS REPLIKA



Inilah hasil karya terbaruku. Kisahnya bersahaja, tapi sarat falsafah. terbitan tahun 2008.

SAHABAT


Asmuin antara sahabat terawal yang pernah memeriksa karyaku. saat itu mungkin dia mengatakan bahawa karyaku tidak bermutu. apa pun aku ucapkan terima kasih di atas peperiksaan itu sehinggakan aku menjadi secekal begini. setiap kali bertemu, aku kembalikan kemesraan kami dengan kisah colek jemput di pekan Chabang Empat Tok Mek Ngah.

kami sering bertiga dan sesekali berempat bersama sdr. muhammad haji salleh (kini berada di kuala berang). seorang lagi tuan suptritenden shafien mamat (ocpd Seberang Prai Selatan). alangkah indahnya kalau dapat kembali merajut kenangan silam, menjadikan pukat kenyataan.

Senin, 21 April 2008

TIDAK BERPANGKAT


Bila kita tidak berpangkat, apa yang kita kata semuanya tidak berguna. Malah kata-kata itu hanya layak untuk dijadikan kayu api buat memasak nasi di dapur. Itu belum lagi kita jatuh miskin. Bila kita sudah miskin, sesetengah orang menganggap kitalah perosak atau virus bagi sesebuah majlis, walhal kitalah waris terdekat dan kepada kita pernah diminta pertolongan. Sesetengah juga menganggap dengan kehadiran kita orang miskin yang tidak berpangkat, menyebabkan majlis itu menjadi picang. Apakah kepincangan sesuatu majlis itu kerana kehadiran orang-orang yang tidak berpangkat?

Cakap orang yang tidak berpangkat menyakitikan hati orang yang berpangkat. Bila sahaja orang yang tidak berpangkat hendak bercakap, orang-orang berpangkat akan mengangkat punggung dan meninggalkan majlis atau berpaling ke lain.

Aduhai, malangnya orang-orang yang tidak berpangkat. Cakap dan idea mereka tidak didengari langsung. Kalau pun ada yang mendengarnya, sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Tidak berbekas langsung di hati orang-orang yang berpangkat.
Apa pun ada masa dan ketika orang yang tidak berpangkat dihargai dan disajungi seperti raja. Situasi itu berlaku hanya empat tahun sekali. Ketika itu orang-orang yang tidak berpangkat disanjungi, dijulang setinggi langit. malah orang yang berpangkat pula sanggup lagi tidur dijemuran, dipangkin rumah orang yang tidak berpangkat.

Justeru itu jangan pinggirkan orang-orang yang tidak berpangkat dan miskin kerana satu hari nanti kita perlukan pertolongan orang-orang yang miskin dan tidak berpangkat itu untuk memberikan undi kepada kita. Masa tu baru kita sedar bahawa manusia ini ada kelebihan masing-masing. Yang tak berpangkat ada peluang untuk jadi berpangkat. Apa pun orang miskin dan tidak berpangkat jangan jadi batu loncatan orang-orang berpangkat.

Ingatlah! kita yang tidak berpangkat mampu membuang pangkat orang yang berpangkat!

Sabtu, 19 April 2008

TUDUH


kepincangan selalu berkunjung di dalam diri seseorang. justeru jika seseorang itu diundang kepincangan, janganlah tuduh diri sendiri yang majal. yakinlah bahawa kekuatan fikiran mampu mengubah segala hal.

Jumat, 18 April 2008

GUNTING


Orang selalu berbicara pasal kepentingan gunting dalam kehidupan seharian. Tanpa gunting tukang jahit tersiksa untuk menjahit pakaian. Begitu juga dengan pelajar sekolah, juga perlukan gunting untuk menampal gambar di dalam buku kerja masing-masing . Tukang gunting rambut misalnya, masih perlukan gunting walaupun di zaman milinium ini tukang gunting menggunakan mesim rambut moden yang boleh botakkan kepala seseorang. Tok mudin, masih lagi menggunakan gunting buat bersunat. Pendek kata gunting tetap penting baik di dalam Negara maju mahu pun Negara membangun. Cuma satu yang musykil di hati, apakah gunting dalam lipatan masih lagi releven dalam kehidupan zaman astronut ini?


Selasa, 15 April 2008

KERIS


Keris merupakan senjata pendek yang digunakan oleh orang Melayu sejak zaman keagungan pemerintahan Kesultanan Melayu, lebih daripada 800 tahun yang lampau terutamanya pendekar, pahlawan serta kalangan pembesar istana. Satu alat kebesaran bagi raja-raja atau lambang kekuasaan atau kedaulatan. Keris mempunyai dua belah mata, melebar dipangkal dan tirus dihujungnya serta tajam. Terdapat mata keris yang lurus dan berlok-lok dengan keindahan pamor serta hulu yang menarik dan juga sarungnya.

Sang Guna adalah orang pertama dizaman Sultan Muhammad Syah Melaka telah membuat keris tempa panjang, berukuran tiga jengkal. Unsur logam campuran besi dan tahi bintang adalah bahan utama membuat keris tersebut.

Hulu Keris

Ulu keris berukuran sepanjang lebih kurang 15sm. berkeadaan membengkok dibahagian tengahnya seperti bentuk kepala tongkat. Diukir dengan tangan sepenuhnya dan mempunyai nilai estetika Melayu yang diperbuat daripada perdu atau tunjang kayu (kemuning, tegor, tempinis, sena,celagi, petai belalang, boai, lebang dan kayu hitam), gading gajah, tanduk, gigi ikan paus, emas, perak, besi dan kemor (sejenis batu karang).

Pelbagai nama telah diberikan seperti Anak Ayam Teleng, Anak Ayam Sejuk, Jawa Demam, Kakaktua, Tapak Kuda dan Pekaka. Penjelmaan rekabentuknya menggambarkan kekuatan dan kekuasaan senjata tersebut yang bersifat raksaksa dan garuda. Ragamhias hulu keris kebanyakannya bermotifkan bunga timbul, awan larat, bunga tebuk, ketam guri, bentuk fauna dan juga bentuk dewa Hindu dengan imbasan wajah manusia.

Pendongkok

Dikenali juga sebagai dokok, pendongkok, dulang-dulang keris atau memendak. Diperbuat dari logam, tembaga, perak atau emas. Berbentuk seperti bunga dan berukiran bunga dawai pintal yang bertatahkan batu permata atau ukiran biasa sahaja. Pendongkok dipasangkan melekap pada pangkal hulu keris dibahagian permukaan ganja.

Bilah Keris

Keris mempunyai berbagai-bagai bentuk dan ukuran. Kebanyakan keris terdiri dari jenis yang berlok, samada tiga, lima, tujuh atau sembilan dan lurus. Terdapat juga keris yang panjang berukuran 61sm. dengan matanya berbentuk mata pedang seperti Keris Sundang dan ada yang sehingga 29 lok. Tiga aspek penting mata keris adalah rupa awan larat dan corak pamor, bentuknya dan corak berombak yang wujud dari campuran logam dan nikel.

Keris juga diibaratkan sebagai insan, sesetengah Empu atau pembuat keris memasukkan unsur magis atau penunggu kepada senjata itu, supaya ianya lebih memberikan kekuasaan.

Paksi
Ganja
Dagu
Kepala Cicak
Leher
Perut
Sepit Rotan
Ekor
Kepit
Aring

Gandik
Kembang kacang
Belalai Gajah
Bibir Gajah
Rigi
Janggut
Tulang Keris
Hujung Keris
Tuntung Keris

Sampir dan Batang

Sampir adalah sarung dibahagian ganja dan aring keris. Berbentuk seperti sampan melintang pada kedudukan keris. Diperbuat dari jenis kayu sama seperti hulu keris juga dan sesetengah sampir diukir pada kayunya atau disaluti emas, perak atau tidak diukir langsung, hanya corak urat kayu tersebut telah menampakkan keindahannya.

Batang merupakan sarung kepada bilah keris ia lurus serta agak meruncing sedikit pada hujungnya. Diperbuat daripada kayu dan diukir dengan ukiran bermotifkan flora, tetapi terdapat juga yang tidak diukir. Kebiasaannya pada hujung batang ini akan disarungkan dengan buntut yang diperbuat dari perak, emas, tanduk atau gading.

Jenis Keris

Berbagai jenis keris terdapat di Nusantara Melayu dan kegunaannya selain sebagai senjata, regalia terhadap Raja Melayu dan perubatan.

Keris Sepukal
Keris Sempena
Keris Cerita
Keris Picit
Keris Tajung
Keris Sulok Belingkong - lok tiga
Keris Apit Liang - lok lima
Keris Jenoya - lok tujuh
Keris Rantai - mempunyai sembilan hingga 21 lok
Keris Andus - mempunyai 23 hingga 29 lok

Sabtu, 05 April 2008

BERSAMA KARYA


Menulis sudah menjadi darah dagingku. saban waktu aku menghabiskan maskau dengan menulis apa sahaja asalkan yang terbaik.

ANAK-ANAKKU






















Mereka antara yang memberikan semangat buatku untuk terus berkarya, selain isteri. lewat malam selepas belajar, baru mereka melelapkan mata, kadang-kadang tidur di tepi tempat aku berkarya. terima kasih Mir, Akmal kerana tahu payah abah.

Kamis, 03 April 2008

pulau delta di tumpat









biarku letakkan aroma rinduku di sini
bersama busa buih dan jajaran pokok kelapa
kerana di sini
berhimpun nostalgiaku

aduhai...
pulau delta
biarku sapu airmata nestapa mu
dengan jari telunjuk insafku.

KEAKRABAN




























Mengukir harapan menganyam impian bersama editor Tintarona, sdr. Rozlan Md. Nor. sesekali bertemu editor, seribu perkara hendak dibincangkan. Namun sayang, editor sibuk persis Menteri. Apa pun terima kasih kerana meluangkan masa melapangkan jadual untuk bersama PESISIR barang seketika.

Rabu, 02 April 2008

ANTOLOGI


Antologi NASI AYAM LAUT SEPINGGAN, memuatkan dua buah cerpen saya, iaitu SRIKANDI TANAH MALAYA dan RINDU RAMADAN.

Selasa, 01 April 2008

CERPEN TERBARU























Bila digelar penulis, saban waktu mengisi masa dengan penulisan. sama seperti penarik beca, atau pemandu kereta sewa, fireman keretapi, pilot apa lagi? tentera dan polis, semuanya menumpukan sepenuh jiwa dan tenaga untuk kemajuan diri dan negara. bagi saya, kalau tidak dapat menulis 40 halaman sehari, saya rasa seperti demam tak kebah. justeru, kemenangan sahabat di dalam sayembara, serta kehebatan pengalaman penulis mapan, menjadikan saya mahu mengisi seluruh masa dengan penulisan.

Saya suka bertandingan dengan kemajuan orang lain (bukan berdengki). justeru, cerpen terbaru bakal saya hantar berjudul :PELUKIS BUNGA. sama-sama kita nikmati dan berikan komen yang membina, bila cerpen itu tersiar nanti, bukan komen yang membunuh minat seseorang untuk terus menulis dan mencipta karya hebat yang berkuantiti dan kualiti.

KARYA TERBARU


Karya terbaru bakal muncul di pasaran, GADIS RAPLIKA, GERIMIS MUSIM RINDU, ANJUN dan beberapa set buku cerita kanak-kanak. alhamdulillah, pilihanraya Umum ke 12 lalu tidak mengganggu konsentrasi saya di dalam berkarya. InsyaAllah, April atau Mei dan Jun nanti akan muncul lagi dua tiga set cerita kanak-kanak.

Senin, 31 Maret 2008

ORANG PENTING















Untuk menjadi orang penting, anda mesti berfikir bahawa anda penting, anda perlu benar-benar berfikir begitu,barulah orang lain akan berfikir sedemikian juga.

SAHABAT PESISIR


Bila tengok gambar PESISIR teringat saudara Manzaidi

CINTA


Kehidupan adalah bunga-bungaan dan cinta adalah kemanisan.

MILIKI




Apabila kita tidak mampu memiliki apa yang kita suka, maka sukailah apa yang kita miliki.

HATI MANUSIA


Hati manusia seperti kendi yang kecil mulutnya, tidak ada yang boleh melihat sampai ke dalamnya. Kejernihan isinya hanya dinilai daripada apa yang keluar.

Minggu, 13 Januari 2008

PENUH KENANGAN


SONGKET BUAT MAHANI: Sebuah lagi nostalgia daripada saya. Karyanya berlapikkan kisah benar sahabat saya yang diingati.

Mahani, gadis cantik secantik seniwati legenda bintang melayu, Rosyatimah. apa pun cinta dan rindu itu tidak terbalas.

benarlah kata orang. wang ringgit memainkan peranan dalam memilih jodoh. apa ada pada wajah kalau poket kosong. semuanya terukir di dalam novel ini.

Kamis, 10 Januari 2008

ANTOLOGI CERPEN


JANGAN KAU MENANGIS: antologi hadiah sastera utusan melayu. di dalamnya terkadung cerpen hasil karya saya.

cerpen di mingguan banyak membantu menaikkan nama saya. alhamdulillah, saya banyak pelajari daripada pengalaman orang lain selain pengalaman sendiri.

Daerah laksamana, cerpen pertama saya memenangi hadiah sastera melayu public bank. bermula dari situ, saya patingkan tekad untuk terus mencipta nama dan akhirnya, impian saya itu tercapai, meskipun tidak sehebat orang lain.

alhamdulillah.




SUTERA KASIH


30 RIBU NASKAH DALAM MASA 28 HARI.

Sesuatu yang saya tidak duga sekelumit pun novel karya saya yang berjudul SUTERA KASIH yang dicetak 30 ribu naskah ini habis dijual dalam masa 28 hari.

Bayangkan royalti yang saya dapat. Apa pun kegembiraan ini bukan untuk saya seorang, tetapi untuk keluarga saya. barangkali kerana doa isteri saya,
mungkin juga doa arwah ibu dan ayah saya serta orang-orang yang simpatikan saya. atau barangkali juga kerana doa daripada mereka-mereka yang baik dengan saya, yang pernah saya bantu.

Inilah sejarah hebat di dalam penulisan novel saya. Alhamdulillah. Titik peluh saya akhirnya terbayar juga. selepas 30 ribu habis dalam masa 28 hari, novel tersebut diulang cetak lagi sebanyak 5 ribu.

SUTERA KASIHA, novel terbitan ALAF 21.

Rabu, 09 Januari 2008

NOVEL PERTAMA SAYA

SERUNAI MALAM

Diterbitkan pada tahun 1990. selepas diterbitkan novel tersebut arwah mengayuh basikal tuanya 'menjaja' hasil karya anaknya keliling kampung kononnya anaknya itu seorang penulis. dengan baki air mata gembira di kelopak matanya, ayah mengucapkan jutaan terima kasih kepada saya yang bersungguh di dalam bidang ini.

kata arwah, jadilah apa saja asalkan yang terbait. saya pegang kata-kata itu dan hingga kini, saya gapai apa yang dituturkan pada saya lapan belas tahun lalu. arwah selalu menyebut nama Abang Sham bila saya bercakap perihal dunia penulisan dan saya memberikan keyakinan kepadanya bahawa saya juga akan setanding orang lain, kalau saya berusaha.

batas bendang padi Kampung Anal menjadi saksi percakapan kami. saat itu, ada kesedihan dan nestapa di wajahnya dan di dalam sanubariku. bayangkan, saat itu yang tinggal di desa dan menelan kepahitan, adalah saya dan keluarga. ada yang mengatakan kepada saya dengan kata-kata sikil berbunyi," mengaji sekolah orang putih, tapi taklih kerja Kerajaan."

ujaran sinis itu menghimpit kehidupan saya apa lagi bila seorang demi seorang sahabat yang baik dengan saya mendirikan rumah tangga. saat itu saya dituduh 'mengambang'. dalam mengambang itu, saya kembangkan bakat dan kebolehan saya. saya rintis hidup ini dengan nestapa dan airmata namun dalam nestapa dan airmata itu, saya menanam tekad menghunjam impian, "aku akan tebus celupar tutur orang kampung dengan seru semangat sang hanuman yang berada di dalam diriku. jangan panggil namaku Hashim Latiff kalau aku tidak cipta nama di dalam kesusateraan tanah air!

itu janjiku dan akhirnya Tuhan Maha Adil telah membantuku dan hingga saat ini seingat aku sudah lebih tujuh kali aku menggapai hadiah sastera Nasional katogeri cerpen. Cerpen ku juga tersiar di dalam majalah BAHAN terbitan Dewan Bahjasa dan Pustaka Brunei, sebaris dengan penulis lain dari Singapura dan Indonesia.

Tuhan, berkatilah dunia penulisanku ini. Sebahagian daripada royalti dari novel ini aku jadikan duit belanja perkahwinanku. sesuatu yang ku kira tragis dalam dunia rumahtanggaku dan hingga kini, aku menyara lima anaku dengan hasil penulisan!

Alhamdulillah.




1992 LAHIRNYA












LAMBAIAN TERAKHIR


Diterbitkan pada tahun 1993 kalau tak silap ingatan saya. LAMBAIAN TERAKHIR, pertama kalinya diterbitkan oleh Marwilis Publisher, kemudian dipindahkan kepada ZEBRA EDITIONS.

Rangsangan untuk menulis novel tersebut terbetik selepas saya menyeberangi sungai Kuala Tat. bagaimana saya cuba menyusuri detik-detik nestapa penghuni sempadan yang mencari dan mengais rezeki dengan hanya menjadi tukang penambang.

Hasil dari nestapa itu, saya lahirkan LAMBAIAN TERAKHIR dan bagi saya saat itu merasa seronok dapat lahirkan novel tersebut. Biarpun ianya barangkali novel biasa bagi penulis hebat, namun saya dapat lahirkan siratan pengalamn itu adalah sesuatu yang cukup berharga, kalau pun ianya tidak semahal harga seketul emas, setidak-tidaknya ianya semahal harga perak yang berada di istana.


Sabtu, 29 Desember 2007

MENIMANG RANJAU


saya tidak tahu karya ini karya keberapa saya tulis. setahu saya saya menulis novel ini ketika cikgu Rejab F.I. menjadi editor Rhythm.

apa pun semua ini adalah pemangkin kepada saya untuk terus berkarya hingga ke saat ini.

SERONOK MENULIS


MENUMPANG GERIMIS

Saya jadi seronok bila menulis karya ini. Barangkali ianya mempunyai hubung sangkut dengan diri penulis itu sendiri. Apa pun ianya sebuah karya kreatif. Kalau pun berjangkitan dengan tragedi yang menimpa orang lain, semua itu adalah satu kebetulan.

Kisah yang tercatat didalamnya telah mendapat pujian peminat novel di negara ini. Dari apa yang telah saya buat tinjuan, mereka mengatakan ada sesuatu yang menarik di dalam novel ini.

Selamat membaca novel terbitan UPND ini dan selamat mengesat airmata. Bahasanya sungguh bersahaja, tetapi puitis dan mampu mengetuk pintu ngilu insan yang membacanya.



TERUS MENULIS

semua ini hasil titik usaha saya. pada mulanya saya tidak yakin boleh menulis sebanyak ini tetapi akhirnya setelah saya berusaha, selepas saya lalui dan rentas seribu liku getir, setelah saya menerima lantunan semangat daripada sahabat apa lagi Abang Sham yang mempunyai sejuta idea, akhirnya saya dapat menulis dengan baik dan karya saya boleh diterbitkan.

terima kasih buat semua yang memberikan sokongan ini sehinggakan saya mendapat tujuh anugerah kecemerlangan sastera termasuk eceran hadiah sastera perdana katogeri cerpen.


LAGI KARYA SAYA


Kadang-kadang perkara kecil boleh menjadi besar dan perkara besar menjadi kecil kalu bijak diolah. justeru idea menulis wira ini sebenarnya terlantun ketika menghadiri pertandingan seni silat cantik di Tanah Merah.

pesilatnya terdiri daripada pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Ipoh. Tangkas pesilatnya bersilat. Bunga tarian yang cantik dengan gerak cepat pesilatnya menjadikan pertandingan itu sesuatu yang sungguh nostalgia.

Siri cerita kanak-kanak. terbitan FLO ENTERPRISE. mengiringi tajuk dalam siri ini ialah cabaran dan sekuntum bunga desa.

Selasa, 18 Desember 2007

BANJIR



























SABAN tahun, bukan sahaja di Kusial Baru, malah di Kampung Jal Besar, Kuala Jambu apa lagi di Bendang Pak Yong dan Simpangan, kampung persisiran Sungai Golok, termasuk Jeram Perdah, Munduk, Panglima Bayu, Rahmat, apa lagi di Jeli, Gua Musang Kuala Krai terutama Sungai Durian, Sungai Pinang, Kampung Laut, seringkali ditamui banjir - ujian Allah yang perlu di hadapi dengan seribu kesabaran.

bagi saya inilah kali kedua ujian ini ditempuhi dengan adengan berpindah ke rumah jiran (jiran yang baik dan tahu makna ujian ini). kali pertama tahun 2004. dahsyat! separuh dari rumah saya ditenggelami air. apa pun saya bersyukur tahun 2007 ujian itu tidaklah sekencang tiga tahun yang silam. apa pun adengan berpindah itu tetap diteruskan.

banjir, menguji illustrasi sebuah persahabatan. skrip-skrip nestapa yang tercipta dicelah titik hujan dan olakkan buih , sebenarnya juraian keresahan anak-anak pedalaman. selain mempertautkan kembali hubungan yang terputus puluhan tahun silam, banjir juga menilai kemurnian sebuah persahabatan yang tidak semua yang ringan itu dijinjnag apa lagi hendak memikul yang berat. banjir tentunya mengajak hati untuk menilai dan erti tulus sebuah persahabatan, murni sebuah keakraban






Selasa, 11 Desember 2007

SIRI PENYIASAT MUDA


SIRI PENYIASAT MUDA: juga karya kawe. kawe garapkannya ketika berada di kusial baru. sesuai untuik pembaca sekolah rendah dan tingkatan satu.

terbitan FLO ENTERPRISE.

HAK NI PUN NOVEL HAK KAWE TULIS


BENCI DALAM RINDU: tajuknya sudah menggambarkan kelok-kelok cinta remaja. apa pun ada sesuatau yang menyuntik rindu pembaca bila membaca novel terbitan TINTARONA ini.

watak utamanya dalam BDR ini sarat dengan disiplin dan kegigihan dalam usaha memastikan kejayaan di dalam pelajaran. rintangan dan ribuan kesusahan dihadapi dengan tenang tabah, gigih cekal, beristiqamah dan bersemangat meskipun diejek dan dipinggirkan kerana si hero ni tidaklah "smart" dan "handsome."

namun di dalam pelajaran, semua itu tidak penting kerana aksesori itu hanyalah untuk santapan mata bukan minda. justeru, keterpinggiran hero hanyalah dugaan remaja di alam persekolah, cintah dan rindu.

pun hero tetap dengan keheroannya. meskipun dia hero susah baik dalam kehidupan dan segalanya apa lagi dengan wajah yang tidak smart handsome bagi Khairunnissa.

Dia tidak pernah bercakap dnegan Khairunnisa tetapi kenapa gadis berwajah ayu itu membencinya sedangkan dia tidak pernah bertanyakan biografi gadis berada itu.

Bacalah BENCI DALAM RINDU. Ada sesuatu yang mahu disampaikan pengarang.

Senin, 10 Desember 2007

KARYA SAYA SETERUSNYA


MENGGAGAS KERINGAT: lagi karya saya yang saya tulis di era 90an. waktu itu saya berada di kampung jal besar, tumpat kelantan. desa itu banyak memberikan saya pengalaman emas di dalam dunia penulisan. desa penuh nestapa dan airmata itu terlalu banyak memberikan saya kekuatan apa lagi dengan dorongan arwah ayah dan ibu, selain sahabat yang baik dengan saya.

nestapa dan suka silih berkunjung di dalam menyiapkan kerya pertama saya di CESB. saya suka watak di dalam novel ini. biarpun ianya bersahaja, tetapi ada pengajaran yang boleh diiktibarkan. ada pelajaran yang boleh diikuti dan ada nasihat yang membantu remaja hidup berdikari.

berdasarkan skrip drama radio, saya panjangkan, saya tambah konflik, saya masukkan persoalan, saya mumbui dengan pengalaman dan nestapa orang lain, saya rendai dengan kepayahan dan derita sahabat, lalu saya adunkan semua menjadi keringat penulisan dan akhirnya lahirlah MENGGAGAS KERINGAT yang dikira banyak membantu menyuarkan semangat saya untuk terus berkarya,

saya kira garapan di dalam ini sesuai dijadikan bahan rujukan remaja yang cuba bertapak di dalam dunia kreatif. apa pun saya pernah mendengar ungkapan bersahaja tetapi ngilu daripada sdr. ediramle, "dalam menggagas keringat, bahasanya kuat, garapannya kukuh, gambarannya nampak hidup dan jelas seolah-olah mengajak pembaca memasuki ke dalam novel ini."



LAGI KARYA SAYA


BERMULA DENGAN ALIFF: Bacalah, ada sesuatu yang menarik di dalam karya ini. novel terbitan PTS.

KARYA SAYA LAGI


kisah pengorbanan seorang isteri terhadap suaminya yang sedang belajar di universiti. sayang, suami sukar mengerti erti pertolongan ikhlas isteri.


Minggu, 09 Desember 2007

JAMBATAN GUILLMARD


Jambatan kebanggaan Jajahan Tanah Merah

BANJIR DI CHEKOK IPOH




Hujan lebat selama beberapa hari berturut-turut menyebabkan jalan-jalan disekitar chekok ipoh termasuk kusial baru, tebing tinggi, jerangau, hutan lanjut, gobek, kampung panjang dan ladang kekrilla ditenggelami air sedalam dua hingga empat meter.

seramai lebih kurang 4000 penduduk terkandas bila jalan-jalan itu mula ditenggelami air.

INI PUN KARYA SAYA


tulislah apa sahaja asalkan yang terbaik dan memberikan manafaat kepada seluruh yang membaca.

Sabtu, 08 Desember 2007

NOSTALGIA


22HB. JULAI 1989: Sewaktu menghadiri Kursus Asas Darat Angkatan Rendah (KADAR) di kem sungai durian. Seribu kenangan berhimpun sewaktu berkursus dan tentara banyak mengajar makna untuk hidup.

Skoppp siap! bergerak ke kanan bertiga-tiga ke kanan pusing! Dari kanan! Cepat jalan!

INI PUN KARYA SAYA JUGA


RDUP LANGIT SONGKLA: novel ini mengisahkan tentang hubungan rindu dua negara iaitu Malaysia dan Thailand. Digarap dengan bahasa yang puitis, RLS berjaya memberikan insaf kepada pembaca selain berfikir bahawa kehiduapan ini tidak selamanya senang dan indah.
Novel ini terbitan UPND. Sekitar tahun 2000. Saya rasa seronok membaca novel ini.

LAGI KARYA SAYA


MENYUSUN USAHA, sebuah karya yang mengupas kehidupan anak nelayan yang dipangku derita. meskipun diapit sengsara dan nestapa, namun ada rahsia tersendiri yang menyebabkan watak utamanya cemerlang.

benarlah kata orang: ujian itu untuk mematangkan kita, bukan menjadikan kita murung dan nestapa kerana di sebalik ujian itu ada hikmah dan nikmat yang tersendiri. ada keyakinan dan keimanan teguh bertunjang dalam diri insan yang bernama muslim.

Kamis, 06 Desember 2007

KIAMBANG KEMBALI BERTAUT

















LAILA HARYATI: satu lagi nama samaran saya. nama itu terhasil selepas menggabungkan seluruh nama dalam keluarga saya. dari arwah ayah dan ibu hinggalah ke nama anak-anak saya, isteri dan saya sendiri. lalu lahirlah nama itu yang saya kira ianya cukup menarik.


Kiambang Kembali Bertaut (KKB) menggambarkan bagaiamana sedih hati suami selepas dipinggirkan isteri. isteri anak orang berada. bergaji tinggi. suami hanyalah anak kampung yang tidak memiliki kelebihan seperti isteri. sekadar bersekolah pondok dan mempunyai sijil cukup makan.

apa pun suami tetap suami. serendah mana sijil suami, dia mesti dihormati dan disanjungi selagi dia tidak melakukan kerja atau perbuatan yang tidak baik ke atas isteri. dia memilih isteri dengan cara yang baik. membawa ibu merisik kemudian meminang, berkahwin. bukan mengambil isteri di jalanan.

suami adalah ketua dan pembantu isteri yang terdekat.


Rabu, 05 Desember 2007

DALAM HATI ADA KASIH









saya tidak tahu bagaimana saya boleh menulis novel ini. apa pun saya terpanggil untuk menulisnya selepas saya menyusuri salah sebuah daerah di pedalaman.

Dalam Hati Ada kasih (DHAK) mampu merobek hati pembaca sekaligus meletakkan keinsafan dan rasa cintakan persahabatan selain cinta yang bermartabat.

Pertemuan, kadang-kadang menjadi sembilu dalam diri. baik kiranya tidak menjadi pertemuan daripada bertemu hanya untuk membenci antara satu sama lain.

segalanya dalam novel ini.

Senin, 03 Desember 2007

ANTARA ANUGERAH YANG DITERIMA




















CERPEN: SATU EPISOD DI KRIANKRAI


syukur: akhirnya saya juga antara pemenang hadiah sastera perdana DBP eceran cerpen 2002/2003 dengan tajuk: SATU EPISOD DI KRIANKRAI.


SELAMAT JALAN RINDU


menggunakan nama samaran bukan bermakna saya takut tapi mengikut trend ketika itu. bukan saya seorang yang menggunakan nama samaran, orang lain pun guna juga. sudahlah. jangan kita musnahkan karya hanya kerana berdebat mengenai nama samaran. yang nyata, ianya karya saya.

SJR, sebuah garapan menarik tentang cinta dua negara. aduhai, sesuai sekali untuk dibaca oleh semua lapisan baik pengayuh beca mahu pun golongan elit.

di dalamnya terkandung cinta yang bermartabat. bukan cinta yang berakhir dengan kisah-kisah yang menyedihkan. jauh sekali menggarap tentang kemusnahan hidup hanya kerana kemusnahan sebuah cinta.

ertinya, kalau gagal bercinta, ukan bermakna gagal di dalam hidup malah kemusnahan sebuah cinta sebenarnya kehebatan di dalam pekerjaan lain. jangan jadikan alasan untuk lentuk hanya keran kasih yang tidak kesampaian. apa salahnya adukan cinta dengan kesungguhannyang mana akhirnya kegagalan bercinta menjaid pemangkin kejayaan di bidang lain yang seribu kali lebih mencabar dari menjadi hamba cinta.

garapan ini ditulis sewaktu kesunyian di kusial baru. teringat Jal Bear, terkenangkan sate wakaf bharu, apa lagi pantai ndoi di tumpat yang menyimpan seribu cinta, apa lagi dnegan sungai pinang di tumpat yang menghimpun rindu memburai gerimis.

SJR ada sesuatu di dalamnya yang mungkin tidak ada pada orang lain. airmata teman yang paling setia dan kesetiaan itu jangan dibiarkan gugur begitu sahaja kecuali bila mebaca SELAMAT JALAN RINDU.

Novel terbitan UPND ini ternyata memaut hati dan kegigihan saya untuk terus menulis dan menzahirkan karya hebat, kalau pun tidak dapat dinilai untuk hadiah sastera, setidak-tidaknya dinilai untuk hadiah perkahwinan seseorang.

KALAU ADA CINTA


sesuatu yang hebat terkandung di dalam novel terbitan Utusan Publications ini. saya cukup menyenangi novel ini. membacanya sekali lalu semacam tidak puas hati. saya ulanginya untuk kali ke dua dan ketiga, sehingga saya mahu menangis.

apa yang terjadi kepada orang lain, akhirnya berlaku juga kepada watak di dalam novel ini. dan apa yang dialami watak utama ini terjadi juga kepada diri orang lain, termasuk penulis barangkali.

pengalaman yang tertancap di dalam KAC ini tentunya memberikan sesuatau yang baru, kalau pun tidak mengajak pembaca menangis, barangkali mengiringi pembaca untuk termenung baut beberapa ketika, sebelum memburaikan airmata.

bukan promosi illusi, tapi itulah garapan ikhlas penulis buat semua kerana bagi penulis, untuk menjadikan pembaca menangis bukan mudah. apa pun kalau tidak ada orang yang hendak menangis dengan keperitan dan ngilu watak di dalamnya, biarlah penulis sahaja yang menangis. barangkali tangisan itu sudah pun mampu menyejukkan pembaca lain yang membacanya.



Sabtu, 01 Desember 2007

MENANG SAYEMBARA UPAH HAJI ARWAH AYAH


mulanya saya tidak mahu memasuki sayembara cepen anjuran DBP Wilayah Timur. tetapi akhirnya saya menyertai juga selepas ada keyakinan di dalam hati saya

lalu saya menghantar dua buah cerpen. pertama berjudul menyongket zaman kemudian yang kedua bertajuk serunai mali perak.

saya tidak harapkan hadiah yang berbaloi tetapi akhirnya kedua buah cerpen saya yang disayemabarakan itu memenangi hadiah pertama dan ke dua.

alhmadulillah. berkat sabar saya akhirnya saya memiliki apa yng pernah dimiliki orang lain yang terdahulu daripada saya. sebenanrya saya banyak mendapat panduan, didikan dan galakan daripada penulis yang hebat dan terkenal bukan sahaja di Kelantan tetapi juga negara.

Antaranya Abang Norhisham Mustafa. budinya tetap dikenang. tunjuk ajarnya menjadi pemangkin kerajinan saya apa lagi dengan kejayaan yang pernah diraihnya, antara penyebab saya menuruti jejak langkahnya. dia seorang yang baik dan santun tunjuk ajarnya. mudah mesra dengan sesiapa sahaja. tanpa kira siapa yang kunjunginya, ada saja tutur bersahajanya yang memaut rasa ingin terus berkunjung lalgi kerumahnya.

Banyak ilmu penulisan yang dimiliki dalam gunung minda kreatifnya dan sebaiknya penulis baru harus mendakinya bagi mendapatkan petua yang tersimpan di dalam peti ilmunya itu. Novel-novel karyanya banyak saya baca dan jadikan panduan. terima kasih Abang Sham.

hadiah sayembara itu akhirnya saya gunakan buat mengupah haji arwah ayah yang dikasihi. ayah dan ibu, upah haji mereka diupah dengan duit hasil penulisan.

* antologi AURA, memuatkan dua buah cerpen saya yang memenangi sayemabar cerpen wilayah timur DBP: pertama MENYONGKET ZAMAN dan kedua SERUNAI MALI PERAK.

ARWAH AYAH BANYAK BANTU HASILKAN KARYA


Idea asalnya sewaktu memerhatikan ratusan lembu di atas tebing bendang Kampung Anal. kala itu saya baru sahaja selesai membantu arwah ayah menarik anak-anak semaian padi dengan jentera pembajak mini, 'KABUTA'.

apa pun terkesan bagi saya sewaktu menulis novel remaja ini apa lagi ketika itu arwah ayah memberikan semanagat kepada saya untuk terus berkarya.

selepas selesai menulis, saya menyuruh adik membacanya di hadapan ayah. ayah tersenyum dan mengatakan, ceritanya bagus dan menarik. ayah suka dengan cerita macam ini. ayah tidak pandai membaca dan menulis rumi, tapi ayah boleh menulis jawi, biarpun tulisannya tidak secantik pelajar sekolah arab, namun saya boleh membacanya. cuma hebat ayahnya, dia seorang penghafal al Quran.

bila terima pujian daripada arwah ayah, saya sungguh gembira sekali. harap-harap dapatlah diterbitkan. dan akhirnya manuskrip saya diterbitkan di Fajar Bakti. Saya sungguh gembiura sekali hendak melihat naskah contoh daripada penerbit. namun kegembiraan saya tersekat dan terputus sama sekali bila ayah meninggal sebelum sempat melihat novel karya anaknya berada di pasaran.

Selepas dua hari ayah pergi, saya mendapat naskah contoh daripada FB, saya membacanya semula dan saya menangis kerana kesedihan di dalam cerita itu tidak dapat dikongsi bersama ayah. mungkin saya tidak menangis kalau ayah berkongsi sama kedukaan di dalam novel nostalgia itu.

ayah bukan seorang penulis atau kakitangan kerajaan yang bergaji besar. ayah hanyalah seorang petani yang tahu erti nestapa dan ngilu kehidupan sewaktu Jepun menawan Malaya. apa pun ayah memiliki ilmu al Quran dan ilmu itu diberikan kepada saya sehingga anak-anak ayah dapat hidup dengan baik.








PEMINAT KECIL






















Alis Ashiqin, permata hati saya yang ke lima. saya seringkali menggunakan namanya lewat karya-karya saya. barangkali ada sesuatu yang menakjubkan pada namanya sehinggakan saya gemar memasukkan namanya ke dalam karya saya.

Puteri kelima ini lahirnya pada 11.45 malam Aidiladha. ketika takbir bergema di balaishah Kg. Kuala Tiga, saat itulah dia dilahirkan.

TERBITAN DBP


SUTERA, ANTARA KARYA YANG SAYA SAYANGI.

Kisah bagaimana seorang remaja yang kasihkan binatang. cerita yang biasa tetapi di garap dalam bahasa yang cukup luar biasa.

Syukur, idea baik ini menghasilkan manuskrip yang baik dan boleh diterbitkan. bila melihat gajah, saya terpanggil untuk menghasilkan sebuah novel remaja bertemakan sedemikian. terima kasih kepada En. Abdul Ahmad DBP yang berhempas pulas mengedit manuskirp saya.

banyak saya selitkan nilai murni di dalamnya. ada juga saya nyatakan kepentingan daun-daun kayu yang terdapat di dalam hutan kepada manusia. Antaranya daun samak.
Selain dijadikan ulam, daun tersebut satu waktu dulu digunakan buat menyamak tali supaya tali menjadi kukuh dan tahan lama.

Kalau jadi teks sekolah lagi baik!






Jumat, 30 November 2007

LAGI NOVEL DICETAK ULANG


LAGI NOVEL DICETAK ULANG

Bahasanya mudah dan bersahaja, tetapi yang bersahaja dan mudah itu rupanya mempunyai mutiara nilai yang sungguh berkemilau. akhirnya novel terbitan CESB ini diulang cetak.

selaku penulis, saya tidak menduga akhirnya KEMILAU RINDU melekat di persada dada peminat novel tanah air.

garapannya juga biasa dan klise, namun keanggunan susunan ayat di dalam novel itu menyebabkan ribuan penuntut pusat pengajian tinggi meminati buah tangan penulis yang berasal dari kg. jal besar, tumpat ini.

aduhai, bercerita dan nampaknya mengangkat ibu jari sendiri saya ni. apa pun, saya bersyukur sejuta kali kerana sebahagian daripada intisari cerita di dalam epilog ini adalah siratan pengalaman, ukiran kecekalan hati

UPAH HAJI ARWAH IBU DENGAN ROYALTI NOVEL PERMATA DI ANJUNG DESA .


PERMATA DI ANJUNG DESA

Syukur, akhirnya impian sya hendak mengupah haji arwah ibu yang dikasihi termakbul juga selepas novel PERMATA DI ANJUNG DESA (PDAD) terbitan DBP diulang cetak. saat itu, saya tidak dapat berkata apa-apa melainkan mengugurkan manik air mata yang sudah sarat di dalam empangan nestapa ini.

Tuhan itu Maha adil. sewaktu saya menulis novel PDAD, saya sudah menyemai di dalam sawah hati saya, bahawa sekiranya inilah rezeki saya buat ibu yang dikasihi, sekiranya inilah hasil tebaik yang boleh saya tuai, saya akan gunakan segalanya untuk tunaikan impian arwah ini.

Alhamdulillah, akhirnya novel ini di cetak ulang dan saya telah kotakan janji saya. saya telah memberitahu isteri tersayang bahawa royalti ini bukan untuk kita nikmati meskpun lima sen, kerana rezeki ini untuk ibu dan mentua yang dikasihi. isteri saya menjawab ikhlas dan berkata tunaikanlah hasrat dan impian itu kerana janji itu murni dan impian itu suci. Jangan berdolak dalih dengan janji kerana janji yang baik itu akan diberkati Tuhan dengan balasan yang baik juga. INsya Allah, akan ada rezeki lain yang telah diperuntukkan tuhan kepada kita yang berbuat baik kepada ibu.

gugur lagi airmata saya dengan ungkapan itu. ternyata dia memahami segalanya. ternyata dia mengerti kesusahan saya dan kasih saya terhadap ibu yang telah melahirkan dan membesarkan saya. Meskipun dia menelan air liurnya acapkali sewaktu mendengar ungkapan saya,m namun dia masih tersenyum, reda dan gembira dengan apa yang tealh tuhan berikan buat kami. Ssewaktu dia (isteri) merenung wajah saya, manik airmatanya juga ikut gugur ke tanah. Saya kelam seketika. akhirnya saya dengannya pergi ke rumah salah seorang syekih haji dan menyerahkan wang itu buat menunaikan impian saya.

Saya ulangi. kerja baik itu di berkati Tuhan.

* novel ini juga dicetak ulang. kalau jadi teks sekolah lagi baik

LAGI KARYA SAYA






SIRI NOVEL PERIBAHSA

seorang penoreh getah kerjanya menoreh. pacat dan kala jengking, waiman ular tedung dan sawa serta senduk telah menjadi teman di dalm kebun getahnya selain bintang buas lain, seperti babi, harimau, kala jengking, tebuan, tebuan tanah dan sebagainya.

Begitu juga dengan petani. lumpur dan selut sememangnya akrab dengannya. Lintah dan pacat, serta ikan keli sengat berbisa apa lagi ikan keli kayu, selain ular senduk haruan yang tinggal di dalam air, semua itu telah menjadi halangan kecil padi ayah petani, kalau hendak berjaya di dalam pertaniannyanya. begitu juga dengan nelayan. gelombang adalah dugaan yang telah memberikan dia cekal dan tabah, taufan melontarkan kesungguhannya bekerja demi sesuap nasi keluarga yang disayangi, kapal karam, adalah untung rugi nasibnya. pun seribu rintangan itu sebenarnya halangan kecil bagi nelayan tabah.

Sama juga dengan penulis. kerjanya menulis kemudian dinilaikan hasil tulisan itu, baik sesuai atau pun tidak. elok atau pun jijik minda menerima hasil tulisan tersebut. namun bagi saya yang sudah lama meneroka hutan penulisan, setiap hasil karya yang diterbitkan tentunya meruntum kelopak kegembiraan di dalm nubari ini. saya tidak sehebat penulis lain barangkali, tapi saya tetap berusah untuk menjadi hebat seperti mereka yang hebat. akhirnya saya berjaya juga meskipun ribuan kali saya menemui kegagalan. ertinya, setelah saya acapkali turun ke lurah kegagalan, barulah saya dapat menilai keindahan gunung kejayaan yang tinggi. jadi benarlah kata bijak pandai, betullah apa yang dituturkan tukang cerita dan sahihlah apa yang telah diungkapkan allahyarham ayah saya di atas batas petak sawah padi di bendang Kampung Anal bahawa pengalaman getir itu akan menjadikan seseorang itu hebat dan terkenal selain gigih dan tabah.




Jumat, 23 November 2007

KARYA TERBARU




antara karya terbaru saya: siri novel remaja prihatin. bakal menyusul: siri remaja nasionalisma. begitulah kalau hendak menjadi penulis. tulislah apa saja asalkan yang terbaik dan boleh diterbitkan.

menulis sama macam tanam getah, tanam padi, jadi nelayan dan jadi apa sahaja (pendapat saya). yang penting usaha dan kesabaran. banyak likuan yang terpaksa saya tempuhi untuk mencapai sesuatu. kalau tak ke hutan maskan dapoat madu lebah. mungkin likuan saya tidak sama dengan likuan orang lain yang barangkali lebih mantap dan prolifik dalam berkarya. apa pun saya bersyukur kerana sehingga hari ini, hampir 50 buah novel saya telah diterbitkan. apa pun kata tok janggut yang keluar dari Bukit Setimbun Tulang, kita bukan perlukan kuantiti tetapi kualiti.

tok Janggut tak apalah tak menulis pun. Ada lembu 1000 ekor. sebelah pagi menoreh di kedai kopi. seratus ekar getah ditorehnya dalam masa setengah jam. kapal di laut kepunyaan dia, apa lagi kelapa sawit dalam bukit.

tapi saya, hujan, kilat, guruh, petir, tsunami, terpaksa saya hadapi demi sesuap nasi keluarga yang dikasihi. kalau ada penerbit yang mahukan manuskrip, saya rela bersengkang mata. apa pun kerja yang baik itu diberkati Allah. saya rasa bersyukur. siri peribahasa yang saya tulis tiga tahun lalu telah terpilih oleh Perpustakaan Negara untuk diedarkan ke perpustakaan di seluruh negara. Alhamdulillah.

seksa saya sejak berada di pantai suri akhirnya terubat di kusial baru. Apa pun bandar koboi yang menjadi medan saya mencari dan mendalami ilmu tetap menjadi kebanggaan saya. saya tetap bertegas! tumpat bukan bandar koboi seperti yang dikatakan sesetengah pengujung yang mengujungi daerah seni dan budaya itu.

tumpat adalah bandar berpotensi, apa lagi dengan wakil rakyatnya yang berwibawa dan mesra rakyat. kalau di tanah merah bakal ada MRSM, di tumpat sudah pun dalam pembinaan pusat pengajian bertaraf elit itu. kalau di tanah merah ada jambatan kusial yang terpanjang di asia, tumpat ada suluk tok selehor yang menjadi kebanggaan daerahnya waima dunia. kalau di tanah merah ada medan info desa, tidak kurang juga di tumpat. justeru tumpat dan tanah merah adalah daerah rezeki bagi saya.

tumpat dan tanah merah, sama-sama melonjak nama saya. apa pun hujan emas di deerah orang hujan batu di daerah sendiri. kadang-kadang lebih baik di daerah orang. apa pun bendang padi KADA di kampung Anal dan sungai Jal Bbesar, adalah nostalgia bagi saya dalam usaha menempa dan mengukir nama di dalam bidang penulisan.

PEWARIS DIKIR LABA-LABA



TOK YA LAGENDA DIKIR LABA-LABA

Seni dan budaya warisan negeri Kelantan bukan sekadar Mak Yong, Wayang Kulit, Dikir Barat , Kertok, Rebana malah Dikir Laba juga pernah popular di tahun-tahun sebelum Perang Dunia ke dua, dan akhir 60an.

Salah seorang pewaris dikir tersebut Haji Yahya Jusoh, berkata pihak berwajib harus hidupkan semula seni ini memandangkan ianya hampir pupus atau pun telah pupus. Pada zaman nostalgianya iaitu sebelum Perang Dunia Ke Dua, beliau terkenal dengan panggilan ‘budak jerit’. Dikir barat berbeza dengan dikir laba yang mana dikir barat menggunakan gong dan buah romak serta rebana manakala dikir laba hanya menggunakan kipas dan kelantanagn suara ‘jeritan kanak-kanak’ untuk menghidupkan suasana dikir tersebut.

Dengan suaranya yang nyaring ketika menyampaikan lagu ‘azaitumuni, azaitumu ni wibilwasaie’ , memang cukup sesuai sekali dia dijadikan budak jerit di dalam persembahan dikir laba. Tanpa undangan suaranya persembahan dikir laba pada malam itu cukup hambar dan tidak meriah.
Antara nostalgia syair ucapan dikir laba ketika mula-mula menaiki panggung dikir ialah:

Assalamualaikum,
Kepada saudara,
Rukun iman enam perkara, Enam ini sudah ternama
Percayakan Allah bilangan pertama, Kita muslimin wajib menerima
Hidup dalam beragama.

Bilangan ke dua percayakan Nabi,
Utusan Tuhan Illahirabbi
Mula memimpin tanah wahbi,
Mengembangkan Islam serba serbi.

Perkara ke tiga iaitu malaikat,
Sahabat Nabi yang tinggi pangkat
Disampaikan Tuhan sangat mendapat,
Percayakan dia mesti sepakat.

Rukun ke empat wajib percaya
Kepada kitab Allah bercahaya
Terang supaya jangan kena bala merbahaya
Ikut perintah Quran yang Mulia
Hitungan ke lima nasib menimpa
Buruk dan baik hina dan papa
Mesti diketahui kuasa siapa
Biarlah miskin Tuhan jangan lupa

Cukup ke enam rukun dibilang
Hari Qiamat percaya tak hilang
Panggil bertanya kita bertaulan
Tidak siapa boleh menggalang.

Sambungnya kalau seni dan budaya lain boleh dikekalkan hingga sekarang kenapa tidak dikekalkan dikir laba-laba yang mana syair ucapan naik panggungnya dipetik dari kitab-kitab Arab lama yang tersohor?
“Kalau Pakcik ke Tumpat teringin hendak berdikir semula, tapi rakan-rakan sudah ramai yang meninggal. Kalau pun ada mereka sudah uzur dan sukar untuk mengingatkan semula syair ucapan dikir,”keluhnya.


REHAT MINDA


sesiapa yang selalu mencurigai orang lain, sebenarnya dia sendiri yang tidak boleh dipercayai.

KENANGAN 1987


GONG KEDAK DAN SERIBU NOSTALGIA


merentasi hidup ini sebenarnya menyimpan seribu rahsia. biarpun ianya nestapa dan pilu, namun itulah realiti yang dialami. bukan boleh dibuang begitu sahaja realiti itu kerana ianya sesuatu yang boleh memberikan seseorang itu tersenyum dan berfikir.

CERPEN YANG TERSIAR DI MINGGUAN MALAYSIA


PEREMPUAN DARI KOTA SYURGAWI.

PEREMPUAN 1
Debu-debu yang beterbangan dari tanah Khaibar bukan boleh menyurutkan tekadku untuk menumbangkan musyrikin. Tajam panah serta pintar pemain pedang musuh, sebenarnya sesuatu yang tidak baru dan tidak menarik lagi bagiku dan aku tidak gentar dengan petah pantas permainan itu. Telah banyak aku memasuki medan pertempuran dan aku melihat dengan mata hatiku bahawa kemenangan di bahu kananku dan bukan ketewasan. Dan aku yakin saungguh-sungguh. Kali ini juga aku akan menang kerana tanah Khaibar sebenarnya untuk ku.
Akan ku tentang musyrikin kalau pun tidak dengan panah dan pedang mungkin dengan batu tetapi batu yang terbaik dari Bukit Uhud. Aku akan pancung musuh kalau pun tidak dengan pedangku mungkin dengan dengan pedang milik Tariq Bin Ziyad. Akan aku panah musyrikin kalau bukan dengan panah dari suamiku, aku akan gunakan panah kepunyaan Saad Bin Ubaid. Kalau tidak ada panah kepunyaan Saad Bin Ubaid akan aku gunakan pedang milik Abdullah Bin Rawahah. Kalau pedang milik Panglima yang gagah itu juga tidak ada, aku akan gunakan pedang milik Saidina Hamzah. Biar musyrikin tahu. Islam gah bukan kerana seorang pahlawan. Serikandi mereka sebenarnya ramai dan aku antara srikandi itu yang akan memancung kepala musyrikin seorang demi seorang. Gemilang pahlawan Islam itu sentiasa hidup di dalam hatiku. Cemerlang mereka menjadikan aku bersemangat untuk turun ke tanah Khaibar. Telah lama aku iqrakan di dalam hati. Tanah Khaibar tetap milik ku walapu apa pun yang terjadi.
“Kau tak takut dengan musuh?” soal sahabat. Ada peluh di dahinya ketika debu-debu beterbangan memenuhi mukanya.
“Tidak!” jawab perempuan dari tanah Khaibar. Ada juga peluh bergantungan di dagunya.
“Mereka pemanah yang tepat. Apa lagi pantas bermain pedang,” sambung sahabat lagi.
“Manusia tetap dengan kekurangan dan kelemahannya. Akan aku gunakan peluang tu untuk jadikan kemenangan tu miliku,” sambung perempuan dari tanah Khaibar itu lagi. Dia memegang hulu pedang kemas-kemas sepertimana dia memegang kepala musuh yang bakal dipancungnya.
“Panah...”
“Akan ku himpun panah musuh. Aku akan patah-patahkan panah mereka kemudian aku akan sumbat panah tersebut ke bawah dapur buat memasak gandum bagi dihidangkan kepada suamiku dan pahlawan yang hebat di medan peperangan,” kata perempuan dari tanah Khaibar itu lagi.
Sahabat diam cuma. Sambil mengacip bibirnya dia melepaskan keluhan kecil. Sesekali dia merenung pedang yang tersisip di pinggang perempuan yang memiliki kemahiran memanah serta ilmu kejururawatan itu. Langit jernih jilah walapun sesekali ada debu beterbangan melintas muka mereka.
“Ambillah ini.”
“Kurma?”
“Kurma ni dibagikan kepada setiap pahlawan Islam.”
“Tapi...”
“Makanlah. Ada barakah di dalam kurma ni.”
Perempuan dari tanah Khaibar mengeluh. Peluh yang bergantungan di dagunya gugur ke dalam debu dan batu.
“Iqralah dalam hati bahawa perjuangan penuh tertib dan sopan ni sebenarnya milik Islam dan bukan milik agama lain,” sambung sahabat lagi.
Perempuan dari tanah Khaibar menelan liurnya.
“Setiap pahlawan memakan kurma ni,” sahabat membiarkan peluh bergantung di dagunya.
Perempuan dari tanah Khaibar tersenyum. Ternyata ungkapan dari sahabat yang terluka di bahu adalah sesuatu yang benar dan jujur. Tanpa berlengah dia memakan buah kurma tersebut. Saat dia menikmati isi kurma itulah ada panah-panah jauh yang datang dan mencucuk batu serta tanah-tanah di kawasan rehatnya.
Tanpa berlengah perempuan dari tanah Khaibar dan sahabat memancas panah-panah tersebut dengan kemahiran pedang mereka dan sahabat akhirnya terkena tusukan panah di dada.
Tidakkkk!
Ada airmata gugur di tanah Khaibar. Ya Allah. Batu-batu di Bukit Uhud akan aku jadikan peluru buat menamatkan langkahan musyrikin. Allah Hu akbar. Ummu Ziyad Al-Asyja’yah! Nama mu hidup dalam nur Islam kerana cekal hatimu seperti batu-batu di Bukit Uhud.

Perempuan 2.
Karbala! Satu lagi medan menguji kukuhnya hati wanita syurgawi. Debu dan rimbun ribut pasir sebenarnya ujian yang harus ditempuhi dengan nyawa dan airmata.
“Kesatlah airmatamu wahai anakku,”
“Ayah...”
“Kepergianku daripadamu terlalu panjang,”
“Tapi...”
“Simpanlah sedikit airmatamu untuk hari esok kerana hari esok itu tidak jauh.”
Perempuan yang pandai bersyair dan hebat di dalam bidang sastera itu mendiamkan diri sejenak. Di renung jauh ke dalam mata ayahnya yang ditabiri peluh perjuangan dan rembesan airmata. Terpamur keikhlasan hati seorang pejuang yang pantas bermain pedang dan hebat menunggang kuda sambil memanah. Terpantul keikhlasannya untuk menewasakan musuh kerana dia tahu. Karbala adalah sebuah laman yang sepatutnya berada didalam genggaman Islam.
“Kau tak gentar dengan tajam mata pedang musuh?”
“Tidak!”
“Kau ingat dengan syairmu akan dapat menewaskan musuh?”
“Kalau ALLAH qadakan permintaanku, InsyaALLAH.”
“Kau lihat gugurnya ayahmu?”
Dia menganggukkan kepalanya beberapa kali.
“Kau tak gentar untuk hadapi mereka?”
“Yang aku gentar adalah ketidaksempurnaan janjiku terhadap ALLAH.”
Sahabat hanya mendiamkan diri. Di renung jauh ke dalam wajah sahabat bermata pahlawan dan penyair itu. Biarpun ada kesedihan dan kristal duka di wajah itu namun sahabat yakin. Satu waktu kemenangan tetap berada di pihak Islam.
“Akan aku jadikan guguran itu satu wadah perjuanganku,” janji penyair.
Sahabat diam. Diperhatikan panah yang berada di tangannya. Ternyata ada darah di panah tersebut. Barangkali darahnya yang menitis menimpa bilah-bilah panah yang tajam meruncing di dalam genggaman tangannya atau barangkali juga panah itu dikutip dimedan pertempuran. Mungkin juga panah itu kepunyaan kaum musyrikin yang telah menebuk badan atau bahu teman seperjuangannya.
Ayahndaaaa! Sesungguhnya orang yang seperti cahaya, yang menerangi segala-gala, telah terbunuh di Karbala, dan tubuhnya tidak dikuburkan, dahulu engkau laksana gunung, yang aku berlindung kepadanya, dan engkau dampingi kami, sebagai keluarga dan dalam agama, siapa lagilah yang mengambil berat, kepada anak-anak yatim dan para peminta, siapa lagilah, yang mengayakan tempat berlindung, si orang miskin yang tidak berdaya.
Sukainah Al Husin! Sastera dan sayu syairmu rimbun dalam dada pejuang Islam yang syahid di Karbala.

PEREMPUAN 3
“Kalau dapat ku himpunkan kesemua airmata ni, akan ku berikan airmata ni padamu suamiku buat menghilangkan dahaga.”
Apa lagi yang mampu suami berikan buat membalas tutur baik daripada isteri yang tertambat dengan rantai besi di tengah saujana padang luas berhangatkan cahaya matahari dan batu bukit selain dari jutaan kesyukuran. Apa lagi yang upaya isteri nyatakan selain dari itulah ungkapannya.
Bila sudah tertawan oleh musuh, bukan mudah untuk melepaskannya walaupun musuh itu pada satu ketika adalah sahabat baik kita sendiri. Itulah dunia. Kalau hidup bertumpangkan nafsu, akhirnya benda yang baik jadi keliru. Kalau hidup ditumpangi kejahatan dan iri hati, akhirnya menjadi duri menikam diri.
“Tuhan! Tolonglah hambamu ni,”
“Sabarlah suamiku,”katanya perlahan penuh simpati dan nestapa. “Aku juga sepertimu. Dirantai dan mungkin juga dibunuh kejam oleh musuh yang pernah jadi sahabat kita.”
“Ohhh!”nada kesal tercetus di bibir suami ketika rantai besi menjadi makin panas dibakar cahaya matahari tinggi.
Tanpa sebarang perteduhan cuma sesekali ada awan mendung yang melindungi tubuh mereka dilangit jauh, siksaan demi siksaan terus diterima tanpa sedikit ihsan. Barangkali itulah manusia jalang berhati setan yang bencikan Islam. Barangkali itulah rupa lelaki yang bakal dibunuh oleh tentera Islam satu ketika nanati. Apakah dengan penyiksaan ini akan berkahir Islam di bumi Illahi ini? Atau penganutnya akan bertempiaran lari kerana takutkan penyiksaan ini?
Tidak!
“Siksaan ni hanya akan melukai tubuhku tetapi tidak melukai iman dan tekadkuuu!” ujar si isteri berhati perkasa.
“Apa?” marah si tukang penyiksa.
“Bola besi dengan baju besi ni tidak akan memurtadkan kami!” tambah si isteri yang berjiwa wira.
Makin marah tukang penyiksaan. Dengan matanya berbolakan api dia terus menyiksa. Namun si isteri hatinya kukuh melebihi hati suami. Dia tidak menyebut perkataan lain selain dari ALLAH HU AKBAR! Dia tidak mahu pesongkan aqidahnya dengan penyiksaan ini. Barangkali dia di jemput maut kalau dilihat dari penyiksaan yang dilakukan oleh bekas sahabatnya itu.
Namun dia redha. Keredhaan itu kerana dia tahu. Islam itu agung. Islam itu indah dan sempurna. Islam bukan agama keganasan. Yang ganas itu bukannya Islam.
“Kembaliah kau pada kami dan penyiksaan ini akan berakhiR!” itu yang dikatakan oleh tukang penyiksa. Mukanya merah padam seolah-olah sedang memakan api.
“Tidak!” jawab si isteri sambil menggemgagam tangan suami.
“Kau akan jadi seperti burung-burung yang dipanah tu,” tukang penyiksa membuat bandingan. “Kau akan ditinggalakan begitu sahaja tanpa apa-apa kecuali dimakan ulat.”
“Satu hari nanti kejahatanmu akan terbalas!” sanggah perempuan berhati wira. Ada darah di lengannya dan kulit betisnya bergelupas. Mungkin daging betisnya telah masak kerana baju besi dan bola besi. “Kejahatanmu akan tambah takwa akuuu!”
“Nah!”tukang penyiksaan memukul si isteri dengan bola besi.
“Allah hu akbar!” itu yang diungkapkan dibibir si isteri cekal berhati waja.
“Cukuplah dengan penyiksaan terhadap keluarga kami,” ujar si suami penuh nestapa dan ngilu.
“Tidak!” sanggah si tukang penyiksa. Diangkat tinggi bola besi kemudian di pukul kuat di betis suami.
“Ya Allah!”ungkapan itulah yang kekal di dalam hati dan diri si suami berhati perkasa.
“Nah!”
“kan aku dah cakap! Penyiksaan ini akan tambah imanku!” tukas si isteri lambat-lambat sambil kedua belah telapak tangannya merasal batu-batu yang berada di bawah dadanya.
Tukang penyiksaan tersenyum. Tombak diangkat tinggi dan akhirnya dibenamkan di dada isteri setia.
Sumayyah! Kaulah sebenarnya motivasi jihad buat generasi mendatang!

PEREMPUAN 4
Tanah Uhud hak aku! Bukan hak Quraisy. Bukan milik musyrikin. Tanah Uhud adalah lambang kehebatan Islam. Bukan aku hendak bermegah dengan apa yang aku katakan di sini. Tetapi itulah aku. Bermain pedang dan menjamah darah musuh sudah biasa bagiku.
Musailamah!
Kaulah petualang di bumi Arab. Akan ku tentangmu kerana kau telah lakukan dosa terhadap ku. Kau telah khianati Islam. Kau telah cemarkan keindahan Islam. Kaulah yang telah membunuh puteraku Hubaib!
Aku telah berjanji pada diriku dan suamiku, Zaid bin Ahsim. Aku akan tentangmu dan aku sendiri akan pancung kepalamu. Biarpun aku mungkin terkorban, tapi aku puas kerana aku telah tunaikan apa yang telah aku simpan di dalam hati.
Aku sudah banyak pengalaman perang. Tanganku terpotong kerana perang Yamamah. Aku tidak kisah di gelar srikandi bertangan satu. Realitinya begitu. Bertangan satu bukan bermakan aku akan tewas. Yang satu itu ada hebatnya. Tuhan taqdirkan aku bertangan satu dan dalam masa yang sama Tuhan kurniakan aku jitu hati srikandi. Akan aku gunakan kejituan itu untuk Islam. Akan aku gabungkan penderitaan ku bersama duka suamiku ketika aku hadapi Musailamah.
Musailamah! Bersedialah kau untuk rasa sakit dan derita dari ibu dan isteri seorang pahlawan.
“Dengan tanganmu yang satu, kau akan tentang munafik tu?”
“Telah aku tekadkan dalam hatiku begitu,” ujarnya. “apa yang ku tekadkan itulah yang akan aku persembahkan. Aku akan tuntut bela di atas kematian anaku.”
“Aku faham,”
“Kalau kau faham kau tak sepatutnya simpan bimbang di dalam hatimu,”
“Aku tak bimbang cuma...”
“Kerana aku bertangan satu?”
Sahabat hanya upaya lontarkan keluhan.
“Ternyata ada gundah dalam hatimu,”
Sahabat mengeluh lagi.
“Akan aku buktikan bawa apa yang terluka di Yamamah akan aku ubati di Uhud nanti,” janjinya penuh keberanian.
Sahabat tidak upaya menyurutkan suhu keberanian srikandi bertangan satu. Ternyata apa yang mahu dinyatakan oleh sahabat bukan sesuatu yang boleh diterima oleh srikandi pintar panah dan pedang itu. Benarlah perumpaman yang pernah didengarinya ketika dalam perang Hunain: Tekad itu bukan mudah untuk disurutkan kalau apa yang berlaku itu telah lukai hati seseorang.
Di kalangan Anshar, Khazraj, Mazin juga orang Madinah dialah srikandi berhati seteguh bukit Uhud. Dialah srikandi berpuput bayu jihad sekencang angin di tanah Yamamah.
Terbayang diruang mataku saat kau memotong tubuh puteraku, Musailamah. Lewat tragedi itu masih ku dengar laungan dari putera yang paling ku sayangi. Ternampak olehku linangan airmatanya menuruni pipi nya sebelum jatuh menimpa debu dan batu-batu di bumi Yamamah. Musailamah, munafik mu akan ku balas dengan tajam pedang daripada arwah suamiku. Aku sayang Hubaib. Dia puteraku yang memiliki kehebatan seperti arwah suamiku. Tanganku yang terpotong akan aku gantikan dengan kepalamu.
“Serahkan tugasamu kepada sahabat suamimu,”
“Tidak...”
“Tapi..”
“Aku tak fikirkan tentang tanganku yang satu ni tapi aku fikirkan tentang Islam yang satu,”
Sahabat diam. Dia menundukkan kepalanya. Sesekali dia merenung bukit Uhud yang juah. Sejenak dia gambarkan semula perang Yamamah yang telah mengorbankan anak dan suami sahabat.
“Aku akan korbankan segalanya demi Islam,”
“Sahabat...”
“Kalau kita inginkan Islam tu gah di dunia ni marilah kita bersatau di bawah satu semangat,”
“Tapi...”
“Jangan jadikan hal-hal kecil sesuatu yang besar,”
“Sahabat...”
“Kuda sudah berada di lapangan,”dengan tangan terpotong sahabat menelan liurnya. “apa lagi yang kita mahu kerana panah dan pedang kita telah tajam melainkan kita turun sahaja ke medan perang, bukan setakat menentang Musailamah tetapi membunuhnya!”
Siup! Siup!
Panah dengan mata pedang berselisih di atas kepala. Lompatan kuda lasak dan gah di dalam peperangan mengkalutkan lagi keadaan.
“Sahabat!”
“Ada apa sahabat?”
“Musailamah!”
“Apa?”
“Abdullah bin Zaid putera sahabat yang membunuhnya,”
“Ohhhh!”
“Tuhan tentukan yang Musailamah terkorban bukan di tangan sahabat.”
Sahabat diam lagi. Dia bersyukur kerana darah dagingnya juga yang membunuh munafik itu.
Nusaibah binti Ka’ab Al-Ansyariyah, srikandi bertangan satu. Kaulah panglima dalam sebarkan nur Islam. Akhirnya piala perempuan syurgawi tetap milikmu!


SEKIAN.

Kamis, 22 November 2007

PERCIKAN


kalau anda hendak berjaya, berkawanlah dengan orang-orang yang berjaya

cubaan lagi

terima kasih kepada saudara edi kerana bertungkus lumut menyiapkan blog saya ini. semua ini sesuatu yang baru buat saya. apa pun saya cukup bangga kerana dalam PESISIR ada sifu IT