Penderitaan mengajarku erti kehidupan sebenar. kesusahan jadikan aku kreatf. nasihat arwah ayah dan arimata ibu mendidik jiwaku jadi tabah mengharungi gelombang kehidupan yang sendat dengan buah cabaran dan dugaan.
Kamis, 10 Januari 2008
SUTERA KASIH
30 RIBU NASKAH DALAM MASA 28 HARI.
Sesuatu yang saya tidak duga sekelumit pun novel karya saya yang berjudul SUTERA KASIH yang dicetak 30 ribu naskah ini habis dijual dalam masa 28 hari.
Bayangkan royalti yang saya dapat. Apa pun kegembiraan ini bukan untuk saya seorang, tetapi untuk keluarga saya. barangkali kerana doa isteri saya, mungkin juga doa arwah ibu dan ayah saya serta orang-orang yang simpatikan saya. atau barangkali juga kerana doa daripada mereka-mereka yang baik dengan saya, yang pernah saya bantu.
Inilah sejarah hebat di dalam penulisan novel saya. Alhamdulillah. Titik peluh saya akhirnya terbayar juga. selepas 30 ribu habis dalam masa 28 hari, novel tersebut diulang cetak lagi sebanyak 5 ribu.
SUTERA KASIHA, novel terbitan ALAF 21.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar