Bab 1
“K
|
AU yang curi anak-anak ikan
Arowana tu!” Ajim bercekak pinggang. Dia merenung ke arah Afkar. Sopiee
mengambil seutas tali.
“Jangan tuduh aku macam
tu Ajim. Aku tak curi anak-anak ikan tu!” kata Afkar.
“Ahhh! Semua orang
nampak. Kau yang masuk makmal komputer!” tuduh Sopiee.
“Sopiee!” terkejut
Afkar.
“Kau jangan nak lawan
aku. Kalau kau tak percaya kau tanya Chee Man. Kau tanya Chaiwat!” bersungguh
kata Ajim.
“Ahhh! kau orang sengaja
nak kenakan aku. Nak suruh aku dirotan!” tukas Afkar. Dia berasa benci melihat
muka kawan-kawananya itu.
“Apa pula sengaja Afkar.
Kalau kau bersalah kau mesti dihukum!” kata Sopiee.
“Aku tak bersalah! Kau
jangan nak naikkan darah aku!” kali ini Afkar bersuara tinggi.
“Ooo, kau nak lawan aku
ya?” Ajim mengeling tajam ke arah Afkar.
“Aku tidak nak lawan
kau! Aku tak curi anak-anak ikan tu!” Afkar mempertahankan dirinya.
“Soal betul atau tidak
kau tanya Cikgu Badrul. Cikgu Badrul yang akan tentukan nasib kau!” Ajim
meninggikan suaranya.
Cikgu Badrul? Berderau darah
Afkar ketika mendengar nama itu. Dia berasa sungguh gerun bila mendengar nama
Guru Disiplin itu disebut beberapa kali. Pernah Manan dirotan di hadapan
perhimpunan kerana kesalahan mencuri kopun pasaria. Begitu juga dengan Zalman.
Dia juga pernah dirotan di hadapan perhimpunan juga kerana dituduh mencuri buku
tulis di dalam kedai koperasi sekolah.
“kenapa kau diam bila
aku sebut nama Cikgu Badrul?” tanya Ajim bernada marah.
Afkar berlalu
meninggalkan Ajim dengan Sopiee. Dia tidak mahu bertikam lidah lagi dengan
kacang hantu itu. semua orang tahu, dua sahabat itu kaki bangkang di sekolah.
Apa sahaja yang dilakukan oleh kawan-kawan, semuanya dibangkang. Ajim dengan
Sopiee memandang benci ke arah Afkar.
“Padam muka!” kata Ajim.
“Lain kali bila dia kena
begitu dia tak akan buat lagi,” tambah Sopiee.
Ajim tersenyum dengan
kata-kata daripada Sopiee itu.
“Nak tunjuk sombong.
Mentang-mentanglah menang silat, nak tunjuk hero. Ni! Hero yang sebenarnya,”
kata Sopiee megah.
“Sudahlah. Mari kita
pergi!” ajak Ajim.
Kedua-dua sahabat itu
terus berjalan ke kantin. Afkar pula bersendirian di dalam taman bunga. Lama
dia berada di situ, dia melangkah menuju ke perpustakaan sekolah. Masanya
dihabiskan di dalam perut perpustakaan itu. Dia membaca buku yang boleh memberikan
ketenangan kepadanya. Fikirannya sekarang sudah penuh dengan bayangan mengenai
hukuman yang bakal diterimanya daripada Cikgu Badrul. Aku tidak mencuri
anak-anak ikan Arowana itu. Anak-anak ikan itu berharga mahal. Aku tidak pernah
diajar untuk jadi pencuri. Aku ke sekolah untuk belajar, seterusnya menjadi
seorang anak yang pandai. Aku kena tunaikan harapan ayah dan ibuku. Setiap hari
ayah dan ibuku memberikan belanja persekolahanku. Aku kena balas jasa itu. Aku
bukan pencuri!
Afkar menyapu kelopak
matanya. Dia menangis. Dia berasa kesal dengan apa yang telah dikatakan oleh Ajim
dengan Sopiee. Usahkan hendak pecahkan akuarium dan ambil anak-anak ikan itu,
menjamah akuarium pun tidak berani kerana ruang tempat letak bekas peliharaan
itu adalah ruang larangan.
“Afkar,”
Afkar berpaling. Haslan
tersenyum. Di tangannya ada dua kotak air. Dia menarik kerusi perpustakaan
kemudian duduk di hadapan Afkar.
“Dari mana ni?” tanya
Afkar.
“Kantin. Ini aku bawakan
air kotak buat kau,” kata Haslan.
“Terima kasih Lan,” ucap
Afkar.
Haslan mengeluh. Dia
tidak tergamak hendak bertanyakan tentang peristiwa akuarium pecah itu kerana
dia tahu, Afkar tidak melakukan kerja itu. Dia tahu. Afkar seorang rakan yang
baik. Suka menolong sesiapa sahaja di dalam kesusahan. Tetapi hari ini dia berasa
sedih dan simpati bila kawannya itu dituduh sebagai pencuri anak-anak ikan
Arowana yang berharga mahal itu.
“Kenapa kau diam? Kau
pun tak mahu berkawan dengan aku juga?” tanya Afkar, rendah diri dan sedih.
“Tidak, Kar,” jawab
Haslan.
“Habis tu? kenapa kau
diamkan diri?” tanya Afkar. Dia membelek
akhbar di hadapannya itu.
“Aku sedih kerana kau
dituduh melakukan kerja tu,” kata Haslan.
Afkar tunduk.
“Siapakah pencuri
anak-anak ikan itu yang sebenarnya, Kar?” tanya Haslan.
Bab 2: Terkejut
|
RAMAI pelajar berlari ke arah
padang bola. Afkar juga ikut sama berlari ke situ. Setibanya di situ, dia melihat Kumaresan terbaring di tepi longkang.
Kepala Kumaresan berdarah. Bajunya kotor. Kumaresan memejamkan matanya. Afkar
terkejut. Pelajar-pelajar lain juga mengeluh. Kesemua mereka tidak berbuat
apa-apa. Mereka hanya mendiamkan diri.
“Cepat! Kita berikan
pertolongan cemas kepada Kumar,” kata Afkar.
“Pergi!” Ajim menolak tubuh
Afkar. Afkar terundur ke belakang.
“Tapi aku...” muka Afkar
nampak redup. Marah.
“Pergi pencuri!” kata
Sopiee.
“Aku kawan Kumar,” marah
Afkar.
“Kawan ke lawan ke, kau
tu pencuri, mana boleh berkawan dengan Kumar lagi!” kata Ajim kasar.
“Ahhh!” Afkar menukas.
“Aku kata pergi!” Ajim
menolak Afkar sekali lagi. Afkar terjatuh.
“Kan aku dah cakap.
Jangan melawan Ajim!” tambah Sopiee.
Afkar bangkit. Dia merenung ke muka Ajim
dengan Sopiee. Mukanya nampak sedih dan kesal.
“Pergi! Pencuri!” kata
Ajim lalgi.
Kesemua pelajar
memerhatikan ke arah Afkar. Afkar berasa malu bila dipanggil dengan pangiglan
itu di depan kawan-kawannya. Aku bukan pencuri! Ajim dengan Sopiee serta
kawan-kawan yang lain memberikan pertolongan cemas kepada Kumaresen. Kepala
Kumaresen dibalut. Dia diangkat dan diletakkan di atas pengusung lalu diusung
ke bilik kecemasan sekolah. Afkar sedih. Dia tidak dibenarkan membantu
Kumaresen sedangkan pelajar daripada kaum India itu pernah menolongnya ketika
dia terjatuh sewaktu bermain ragbi di sekolah.
Afkar tidak hiraukan
amaran dan kata-kata celupar daripada Ajim dengan Sopiee itu. Dia ikut sama ke
bilik kecemasan. Setibanya di situ, Ajim dengan Sopiee bercekak pinggang di
muka pintu.
“Nak kemana?” tanya
Ajim. Benci.
“Nak tolong Kumar,”
jawab Afkar tegas.
“Tak payah!” marah
Sopiee. Dia mencebik bibir mulutnya.
“Kenapa?” Afkar merenung
ke muka Sopiee dengan Ajim.
“Kamu seorang pencuri.
Tangan kamu kotor dan kamu tidask dibenarkan menyentuh tubuh Kumar!” kata
Sopiee.
“Ajim, Sopiee, dia kawan
aku. Dia pernah tolong aku masa aku cedera dulu. Sekarang dia cedera dan aku
kena tolong dia,” kata Afkar.
“Sudah! Sudah! Tak payah
cakap banyak. Pergi!” Ajim menghalau Afkar.
Afkar tidak berundur.
Dia tidak akan tinggalkan bilik kecemasan itu. Dia hendak melihat Kumaresen.
Dia mahu berkongsi kesakitan dengan pemain tengah pasukan ragbi sekolah. Itulah
pengorbanan seorang sahabat. Sanggup segala-galnya demi keselamatan sahabat
yang baik.
“Pergi! Kalau dah
pencuri tu tak payah berlakun jadi baiklah! Kau tu seorang kawan nyang tak
bagus!” kata Ajim lagi. Dia masih bercekak pinggang dan tetap akan menghalang
Afkar dari menjenguk melihat keadaan Kumaresen yang sedang dirawat oleh Cikgu
Hasliza, Guru Kecemasan sekolah.
“Aku tak akan ikut
arahan daripada kau. Aku nak tengok Kumar!” tegas Afkar. Dia melangkah perlahan
menghampiri pintu bilik kecemasan.
“Berhenti!” Ajim
mendepakan tangannya. Dia seolah-olah mengepung Afkar.
“Tidak!” tegas Afkar.
Dia meninjau keadaan Kumaresen.
Ajim dengan Sopiee
berpegangan tangan. Mereka terus menghalang pergerakan Afkar. Afkar berasa
sungguh kecewa kerana tidak dapat merawat Kumaresen.
“Pergi!” marah Ajis.
Afkar mendiamkan diri.
Sekali sekala dia memandang ke kiri dan kanan. Ramai pelajar melihat ke arah
dirinya dengan Ajim serta Sopiee.
“Setapak lagi kau
melangkah aku akan tumbuk kau!” kata Ajim dalam nada geram.
“Penumbuk kami padu dan
boleh cederakan kau!” kata Sopiee. “Kau ingat masa kami tumbuk Suporn. Huh!
Pecah dagu pengawas sekolah tu.”
Afkar tidak mahu
bergaduh tetapi di dalam masa yang sama dia kasihankan Kumaresen. Dia mahu
membalas budi dan jasa anak Balakrishnan itu. Kumaresen seorang sahabat yang
baik. Dia tidak pernah berat tulang di dalam menjalankan kerja-kerja yang telah
diarahkan. Tiba-tiba pintu bilik kecemasan sekolah dibuka. Dua orang guru
mengusung Kumaresen ke kereta yang telah tersedia di tepi kebun bunga sekolah. Kepala Kumaresen berbalut. Ramai yang
mengiringi Kumaresen ke kereta. Afkar mengeluh. Dia tahu. Kumaresen akan
dihantar ke hospital untuk mendapat rawatAn lanjut. Afkar berjalan perlahan,
kecewa, menuju ke bilik perpustakaan sekolah.
“Afkar!”
“Ada apa, Lan?”
“Cikgu Badrul nak
jumpa,” kata Haslan.
“Apa?” dahi Afkar
berkerut.
Bab 3: Saya bukan
pencuri, cikgu
R
|
OTAN sebesar jari kelingking
dipegang oleh Cikgu Badrul. Sekali sekala dia memulas misai tebalnya yang terlintang
di atas bibir mulutnya itu. Matanya yang tAjim bagaikan seligi batang nibung itu
dihalakan kepada mata Afkar. Afkar tunduk kerana dia tidak sanggup hendak
menatapi mata Cikgu Dispilin yang berwajah bengis itu.
“Kenapa kamu curi
anak-anak ikan Arowana tu?” Cikgu Badrul menumbuk permukaan meja tulisnya.
“Saya tak curi anak-anak
ikan tu, cikgu,” jawab Afkar, tergagap.
“Kamu jangan cakap
bohong!” Cikgu Badrul meninggikan suaranya.
“Saya tak cakap bohong,
cikgu,” jawab Afkar perlahan.
“Ada pelajar nampak kamu
yang curi anak-anak ikan tu!” marah Cikgu Badrul. Ping! Bunyi rotan dipukul di
permukaan meja.
“Tidak, cikgu,” Afkar
mempertahankan dirinya.
“Kamu jangan nak
menegakkan benang basah. Kamu tahukan anak-anak ikan tu berharga mahal!” marah
Cikgu Badrul. Dia bercekak pinggang. Lagaknya macam Jeneral Yamashita hendak
memancung kepala musuh.
“Cikgu, saya tak curi
anak-anak ikan Arowana tu. Percayalah cakap saya,” rayu Afkar. Dia merenung ke
muka Cikgu Badrul yang nampak bengis itu.
“Kalau tidak kamu siapa
yang curi anak-anak ikan tu?” Cikgu Badrul berdiri disisi Afkar. Dia
memusing-musingkan rotan yang berada di tangannya itu.
“Saya tak tahu, cikgu,”ikhlas
jawab Afkar.
“Kamu pelajar terakhir
keluar dari perpustakaan itu,” kata Cikgu Badrul. “Sebaik sahaja kamu keluar
dari perut perpustakaan itu, akuarium itu sudah pecah dan anak-anak ikan
Arowana telah dicuri.”
“Tapi,” kata-kata
daripada Afkar tamat di situ.
“Ajis dan Sopiee tengok
kamu yang pecahkan akuarium tu!” itu kata Cikgu Badrul. Ketegasannya jelas
melalui suaranya itu.
Ajis dengan Sopiee? Rasa
sedih mula memanjati rasa Afkar. Dia tahu. Ajis dengan Sopiee sememangnya
sedang menyakiti hatinya. Sejak dia memenangi pertandingan silat tempuhari,
Ajis dengan Sopiee menjalankan kerja-kerja yang boleh menyakiti hatinya.
“Baik kamu mengaku,
Afkar. Kalau kamu mengaku hukuman itu mungkin boleh diringankan,” kata Cikgu
Badrul. Suaraunya parau.
“Saya tak mencuri
anak-anak ikan tu, cikgu,” itu yang dikatakan oleh Afkar. “Saya takut hendak
melakukan kejahatan. Saya dah berjanji pada ayah dan ibu, saya ke sekolah untuk
jadi pandai dan bila besar nanti saya boleh bantu mereka pula.”
Pun Cikgu Badrul tidak
berpuas hati dengan jawapan itu. Dia merenung tAjim ke muka Afkar. Baginya,
semua itu bukannya keikhlasan hati Afkar. Mungkin dia hanya mahu melepaskan
diri dengan memberikan kata-kata yang sebegitu.
“cikgu, saya tak curi
anak-anak ikan Arowana tu,” kata Afkar, perlahan, jujur dan ikhlas.
“Kalau kamu tak curi,
kenapa Ajim dengan Sopiee ceritakan perkara ni pada saya?” tanya Cikgu Badrul.
“kerana mereka dengkikan
saya, cikgu,” kata Afkar. Di dalam dadanya sudah berdegup dengan rasa kegugupan
yang amat panjang.
“Dengki? Kenapa?” Cikgu
Badrul meninggikan suaranya.
“Sebab saya johan di
dalam pertandingan silat. Laman web sekolah kita dah tulis kisah kejayaan saya.
Jadi mereka cemburu kerana mereka juga pendekar tetapi tidak berjaya macam
saya,” itu kata Afkar.
Pun Cikgu Badrul tidak
boleh menerima alasan itu. Dia tetap dengan keputusannya. Afkar yang telah
memecahkan akuarium itu dan orang yang telah melakukan kesalahan mesti dihukum.
“Cikgu, saya tak lakukan
kesalahan itu. Saya bukan pencuri,” kata Afkar bernada sedih, sayu dan ikhlas.
“Kalau begitu saya akan
panggil Ajim untuk menjelaskan semua itu,” kata Cikgu badrul.
Afkar tunduk. Kalau Ajim
yang dipanggil, sudah tentu dia akan dipersalahkan. Melalui pengumuman sekolah,
Cikgu Badrul memangil Ajim. Dalam masa sekejap sahaja, Ajim telah masuk ke
dalam biliknya.
“Apa benar kamu nampak
Afkar yang mencuri anak-anak ikan Arowana itu?” tanya Cikgu Badrul.
“Ya, cikgu,” jawab Ajim
bersungguh.
“Kamu ada saksi?” Cikgu
Badrul bertanya lagi.
“Sopiee, Cikgu,” Ajim
menjeling benci terhadap Afkar.
“Sekarang dah jelas,
Afkar. Kamu yang pecahkan akuarium itu dan mencuri anak-anak ikan Arowana!”
Cikgu Badrul menepuk kuat permukaan mejanya. Dia mencerlung benci ke arah
Afkar. “Kerana kesalahan kamu telah terbukti dan kamu melanggar disiplin
sekolah, kamu akan dihukum di hadapan perhimpunan esok!”
Afkar terdiam.
Bab 4: Hari yang malang
P
|
AGI berlangit bersih hari itu
seakan mendung di mata Afkar bila dia akan menjalani hukuman di hadapan
perhimpunan nanti. Afkar rasakan kejuaraan yang dimenanginya di dalam
pertandingan Silat Cantik antara sekolah di dalam daerah, sudah tidak
memberikan apa-apa erti kepadanya, bila dia akan dirotan sebentar lagi. Rasa
mahu menangis dan meletakkan air mata tulusnya sebaris dengan embun di dada
daun-daun di taman bunga sekolah. Biar Cikgu Badrul serta pelajar melihat
ketulusannya di dalam bercakap.
Sayang, dia tidak dapat
bercakap dengan pepatung dan kupu-kupu di sekolah. Kalaulah dia dapat bercakap,
dia mohon kepada haiwan kecil yang cekal itu, supaya memberitahu Cikgu Badrul
bahawa dia tidak bersalah. Dia tidak pernah diajar untuk menjadi seorang
pencuri. Dia diberi pelajaran dan pendidikan oleh cikgu, ayah dan ibu supaya
menjadi seroang anak dan pelajar yang baik, berguna pula buat agama, bangsa dan
tanah air.
Ajim dengan Sopiee serta
beberapa orang lagi kawan-kawannya, mula menunjukkan kesombongan masing-masing.
Ada yang mengetip jari menandakan bahawa orang bersalah mesti dihukum. Ada yang
memerlikan ke arah Afkar dengan menyanyikan lagu-lagu berunsur perlian. Afkar
memujuk dirinya supaya tidak cepat melatah. Dia tahu. Satu hari nanti,
kebenaran mungkin di sebelahnya bila dia jujur dan ikhlas dalam menyatakan
dirinya. Dia tidak mencuri malah melakukan kesalahan juga tidak. Rekod
sekolahnya bersih. Selama dia bersekolah di situ, hari ini merupakan hari yang
paling malang buat dirinya.
Makin tinggi matahari di
langit. Rama-rama dan pepatung sekolah, terbang dari taman bunga ke termpat
berhimpunan. Haiwan kecil itu bertenggek di atas ranting kayu, seakan
memerhatikan ke arah tempat perhimpunan. Afkar dapat melihat haiwan itu dengan
jelas. Kemudian dia berpaling ke arah kawan-kawan. Haslan tunduk, Uzer mengemam
bibir mulutnya. Ping serta Eh Noi juga tidak berkata apa-apa. mereka menanti
hukuman dijalankan.
Tepat jam 8.35 pagi, Cikgu
Badrul keluar daripada perut biliknya. Dia memegang rotan. Dengan langkah
tegas, dia berjalan menuju ke arah tempat perhimpunan. Ramai pelajar berada di
situ. Mereka menanti hukuman itu dijalankan. Ada yang mengerutkan dahi bila
melihat langkah tegas Cikgu Badrul. Ada yang tunduk, sedih dan gerun. Afkar
berwajah sedih. Dia tidak menyangka. Akhirnya dia dihukum di hadapan
perhimpunan kerana anak-anak ikan Arowana.
“Kerana kesalahan
mencuri anak-anak ikan Arowana yang berharga mahal itu, pagi ini, kamu akan
dirotan di hadapan perhimpunan,” itu kata Cikgu Badrul. Suaranya sungguh kasau
dan berbunyi tegas.
Afkar sekadar menelan
air liurnya. Dia tidak banyak bercakap kerana dia tahu, buat masa sekarang apa
pun rayuan dan kata-katanya tidak akan didengari oleh Cikgu Badrul lagi. Cikgu
Badrul sudah memutuskan keputusannya. Aku yang bersalah. Demikian bisikan suara
kecil Afkar. Sejenak, dia seperti terpandang ke muka Ajim dengan Sopiee. Ajim
dengan Sopiee seperti tersenyum ke arahnya. Afkar bersabar. Dia tahu, satu hari
nanti Ajim dengan Sopiee akan meminta bantuannya pula.
“Kerana kamu mencuri
anak-anak ikan Arowana, maka saya terpaksa merotan kamu sebanyak tiga kali,
sebagai pengajaran kepadamu!” kata Cikgu Badrul lagi. Dia mengangkat tinggi
rotan yang dipegangnya. “Semua itu sudah ditulis di dalam peraturan sekolah dan
sya aterpaksa menjalankan peraturan itu dengan sebaik mungkin!”
Kesemua murid-murid yang
berada di tapak pehimpunan mendiamkan diri. Mereka tidak bercakap kerana kalau
sesiapa bercakap sewaktu Cikgu Badrul menjalankan tugasnya itu, sudah pasti
pelajar itu akan di hukum kerana melanggar disiplin sekolah.
Piut! Bunyi rotan itu
dilayangkan tepat ke punggung Afkar. Afkar menggeliat. Sakit dan pedih. Piut!
Piut! Dua kali lagi rotan itu singgah di punggung yang berisi itu. Afkar
tunduk. Kelopak matanya tergenang. Akhirnya sahabat yang tidak bersalah menjadi
mangsa penipuan sahabat berhati jahat. Afkar menangis. Sakit akibat dirotan
tidak perlu diceritakan kepada sesiapa. Pedih dan panas seperti terkena sambal
lada.
Selepas selesai dirotan
Afkar terus berlari menuju ke arah perpustakaan. Ajim dengan Sopiee bertepuk
tangan melihat Afkar menangis. Afkar tidak boleh duduk. Punggungnya terasa
pedih. Dia menggosok-gosok punggungnya dengan telapak tangan. Dia masih
menangis. Dia hendak duduk tetapi punggungnya terasa sakit seperti terkena besi
panas. Isi daging punggungnya seperti dihiris.
“Kar,”
Afkar berpaling.
“Boleh aku duduk di
sini?” tanya Haslan.
Afkar tidak menjawab.
Dia membuka pintu bilik perpustakaan kemudian berlari keluar.
“Kar! Tunggu dulu!”
Haslan mengeluh.
Bab 5: Berat sama
dipikul
|
AFKAR mahu melupakan kisah dia
dirotan oleh Cikgu Badrul itu. Dia mahu menumpukan seluruh perhatiannya
terhadap pelajarannya. Dia mah menjadi seorang pelajar yang pandai. Di dalam
peperiksaan nanti, dia mahu meraihj tempat pertama. Dia tidak mahu lagi
bercakap pasal anak-anak ikan Arowana, Ajim dan Sopiee. Minggu depan
peperiksaan akan bermula. Dia mahu meraih tempat pertama. Kalau boleh dia mahu
menjadi pelajar terbaik sekolah. Seminggu selepas peperiksaan akan diadakan
pertandingan Silat Olahraga pula. Kejohanan itu dilangsungkan di Pejabat Majlis
Daerah. Johan di dalam pertandingan itu akan mewakili daerah ke peringkat
negeri. Afkar idam kejuaraan di dalam kejohanan itu nanti.
Afkar duduk di dalam
perpustakaan. Dia membaca buku. Mana-mana soalan yang dia tidak faham, dia akan
tanya Cikgu Maznah atau Cikgu Mashadi. Kedua-dua Cikgu itu baik dengannya,
selalu bimbingnya di dalam setiap tugasan sekolah. Kalau dia tidak faham, dia
akan mencuri masa rehat, untuk bertanya, apakah kehendak soalan itu. Dengan
cara itu, dia tidak akan berfikir lagi tentang hukuman yang telah diterimanya.
Dia tidak berdendam dengan Cikgu Badrul. Cikgu Badrul telah menjalankan
tugasannya yang telah dipersetujui oleh Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Ibu Bapa
dan Guru-Guru.
Perpustakaan berhawa
dingin itu dipenuhi dengan buku-buku ilmiah, fiksyen dan non-fiksyen. Ramai
murid-murid yang menghabiskan masa rehat mereka di dalam perpustakaan. Afkar
berasa sungguh gembira sekali kerana kawan-kawan sekolahnya menambah ilmu
pengetahuan mereka dengan membaca. Kata Cikgu Fadly, sesiapa yang suka membaca
sudah tentu ilmu pengetahuan mereka akan bertambah. Mereka berkemungkinan
menjadi orang yang paling pandai di atas dunia ini. Ya Allah1 aku mahu menjadi
orang yang paling banjyak ilmu! Bisik hati kecil Afkar.
Haslan kasihan melihat
Afkar. Dia duduk di sisi Afkar. Dia meletakkan sebuku roti di hadapan
sahabatnya itu. Dia menjemput Afkar mengunyah sama roti tersebut.
“Terima kasih, Lan,”
kata Afkar. Dia merenung jauh ke dalam muka sahabatnya itu. Anak Pegawai Polis
itu kelihatan bersih sahaja bajunya, tidak macam dirinya yang terpaksa memakai
baju yang sama ke sekolah.
“Makanlah. Kalau kau nak
minum air barli, aku boleh tolong belikan,” kata Haslan lagi.
“Tak payahlah, Lan. Aku
dah ada dua biji coklat. Aku boleh hilangkan dahagaku dengan coklat-coklat
itu,” kata Afkar rendah diri sambil menyapu kelopak matanya yang berair, bila
dia terkenangkan kesakitan selepas terkena rotan.
“Jangan macam tu, Kar,”
kata Haslan. Dia memerhatikan muka kawannya itu. Sayu bercampur sedih.
“Lan, aku’kan pencuri.
Nanti apa pula kata kawan-kawan kita yang lain bila kau berkawan dengan aku,”
Afkar meneruskan bacaannya. Sudah banyak dia menambah ilmu pengetahuannya hari
ini.
“Aku kenal siapa kau,”
kata Haslan.
“Itu kata kau.
Kawan-kawan kita yang lain mungkin tak tahu siapa aku yang sebenarnya,” kata
Afkar lagi.
“Mereka kenal, Kar,”
jawab haslan.
“Itu kata kau,” Afkar
meneruskan pembacaan.
“Sudahlah Lan. Aku bertekad
nak dapatkan nombor satu di dalam peperiksaan nanti. Jadi, kalau boleh
janganlah ganggu aku lagi,” Afkar bersuara perlahan. Dia menulis sesuatu di
dalam buku catitannya.
“Afkar?” terkejut
“Aku anak orang susah.
Orang susah hanya tahu kesusahan. Tak macam kau,” kata Afkar lagi.
Haslan terdiam. Dia
bersimpati dengan apa yang terjadi ke atas Afkar. Dia tidak tahu siapakan yang
memfitnah kawannya itu. Yang dia tahu selepas Afkar dirotan, Ajim dengan Sopiee
seringkali mencanangkan ke seluruh sekolah, supaya jangan berkawan dengan Afkar. Kenapa Ajim dengan Sopiee berkata
begitu. Apa salah Afkar terhadap Sopiee dengan Ajim. Itu yang membingungkan
Haslan. Apa pun dia tetap berkawan dengan Afkar. Dia tahu. Afkar seorang yang
baik. Dia difitnah.
“Kan, beredrlah dari
sini. Nanti kau pula dikatakan berkawan dengan pencuri,” kata Afkar.
Haslan mendiamkan diri.
Dia tidak berniat begitu. Dia kasihankan sahabat yang telah menjulang nama baik
sekolah di dalam bidang sukan. Hanya kerana anak-anak ikan Arowana, akhirnya
dia dirotan dan segala jasanya terhadap pembangunan sukan sekolah, seperti
dilupakan. Apa pun Afkar tidak sedih dengan tindakan itu. Mungkin di pihak
sekolah, dia sudah bersalah dan orang yang bersalah mesti dihukum.
“Kar, demi sahabat aku
akan menyiasat perkara ni,” kata Haslan dalam nada bersungguh.
“Siasat?” terkejut
Afkar.
“Aku nak siasat siapakah
yang khianati kau,” kata Haslan lagi. dia merenung ke muka sahabatnya itu.
Afkar terdiam.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar