Dulu, kalau jadi petani semuanya memicingkan mata, menjuihkan bibir, malah ada yang loya melihat lumpur bertempek di betis dan badan petani. Busuk! Hanyir! Gatal! Miang! Semuanya cukup lengkap! Pada masa itu sebuat sahaja nama petani, merekalah kasta yang paling bawah sekali. masyaAllah. Hinanya petani!
Saya pernah menjadi petani. Di usia 12 tahun saya sudah mengambil upah memikul padi. Bayangkan, di usia sahabat tengah menelaah pelajaran, di kala teman-teman ke
Apa pun itulah realiti hidup saya. Ayah dan ibu seorang petani malah dinasti saya adalah dinasti petani. Dalam kesedihan memikul padi, saya berjanji pada diri saya, saya hendak belajar bersungguh-sungguh. Saya mahu berjaya di dalam pelajaran dan akhirnya saya berjaya biarpun tidak secemerlang orang lain. Mungkin itu rezeki saya.
Kini harga beras sudah melabung tinggi dan bekalan beras juga semakin meresahkan pengguna. INflasi! Dan rindukan petani kembali menyerkup ruang rasa seluruh penghuni. Maka adalah mereka yang dulu becikan petani, mula memesrai, merindui dan berbaik-baik dengan petani.
Aduhai…
Kepentingan manusia sejagat ini bukan boleh di permainkan. Baik petani, peladang, nelayan, dan mereka yang menjadi kuli, sebenarnya mereka adalah permata yang patut diletakkan di atas sekasa. Jangan anggap bila mereka insani kasta paling bawah, mereka patut dihina, dipijak, ditendang terajang sesuka hati. Bila kita senang, kita lupakan mereka dan ketahuilah bahawa yang kita lupakan itu adalah insani yang berbudi pada semua.
Kita kena ingat, hidup bukan hendak memakan batu atau besi, tetapi makan nasi! Jangan tunggu ribut Nagris mengajar kita menjadi manusia insaf! Jangan tunggu tsunami baru kita nak sambung airmata bersama jiran yang susah. Ingatlah! Bila kita berada di dalam kesenangan dan kemewahan, kita berada di atas kerusi berukir, kita berada di atas lantai marmar, kita berjalan dengan kasut berharga sejuta, kita masih ada rasa islam yang kukuh. Dan ketahuilah. Kita ada petani, kuli, penternak dan nelayan dia belakang kita. Hargailah jasa dan titik peluh mereka dan kaji kepentingan mereka terhadap kita. Bila kita kaji kepentingan itu, kita akan merasa insaf. Kalau kita tak insaf baik kita jadi kayu api! Boleh buat tanak nasi atau jadi besi boleh dihunjamkan ke dalam sungai sebagai tiang jambatan!
Tidak ada komentar:
Posting Komentar